bermula saat untuk stress

makin lama makin hampir. tak tinggal sedetik pun untuk terus berhenti berfikir.
biarpun sedang galak berdating, ungkapan tentang isu production, tetap terkeluar.
ah. dah mula tension. lagi-lagi saat penghibur yang mula demand dan tak faham etika kerja pelajar.
bukan tak faham dengan dunia mereka, tapi cara mereka berinteraksi, rasa jelek jugak.
kadang-kadang bukan mereka tapi pengawal mereka. rasanya pengawalnya yang bikin buruk nama.
tapi ada juga yang sesetengah yang aku boleh tabik. bagus dari segi pengurusan.
jadi tak perlu jadi hal, mereka terus kukuh dalam dunia mereka :)

dan untuk ketika ini, group aku masih terkial-kial. masih mengharap dan terus mengharap.
harap tiada lagi perkataan cancel dari mulut mana-mana pengurusan.
dan harap tiada selisih faham bila sampai ke saat produksi bermula.

stress dengan kerja buat aku tak sabar nak bercuti sem.
tak kisah lah ke mana. rasa nak tenangkan fikiran.
tidur, makan semua dah lari. tak menentu. sakit pun jadi tak menentu lah juga.
ada panggilan dari hospital.kalau nak re-check, boleh je.
tapi macam tak perlu. tak perlu lah nak buang masa.
sakit ni pun malas nak endah. kalau dirisau, makin sakit mengada jawabnya.

esok ada test lagi. minggu ni banyak test. minggu depan pun test lagi.
muntah baca buku. urgh.
esok test Arab. harap dapat jawab :)
bye :)

No comments: