kadang-kadang kita memerlukan alasan untuk melakukan sesuatu.
kadang-kadang alasan je lebih, tapi niatnya berbeza sangat.
tapi terpulang pada individu tu sendiri nak pandang alasan atau niat sebagai perkara pokok.
tapi selalunya orang hanya akan pandang alasan je. yelah, manusia kan penuh dengan alasan.
jadi niat tu taklah nampak sangat. susah orang nak faham.
minggu depan aku nak pulang shah alam. cuma untuk sementara waktu.
selepas hampir 2 bulan aku tak kesana, rindu setiap pelusuk waktu bersama orang-orang di sana.
tapi nak kesana saja2, memang tak berpeluang lah. atas dasar apa aku nak ke sana.
tapi bila aku dipanggil untuk handle konsert orang, siapa yang tak nak. peluang baik ni.
atleast ada alasan. apa niat aku, biar aku je tau. sebab no one cares.
biarpun aku tau risiko nak ke sana memang besar.
paling tidak pun, kontrak aku tak sambung kat jb ni. yelah, masa renew contract ni lah aku sibuk minta cuti.
takpelah, rezeki kan ada kat mana-mana.
tapi kadang-kadang rasa ralat dah nak bercuti. tak kisah lah.
tau tak, kadang-kadang kita anggap ada yang faham kita tapi tak sepenuhnya.
kadang-kadang kita rasa ada yang faham jalan cerita hidup kita tapi takde pun.
sebab mereka tak rasa apa yang kita rasa.
hati gua sebenarnya bapak ah sensitif gila. tapi malas lah benda remeh pun aku nak tunjuk sensitif.
chill sudah lah kan. sebab no one knows, no one cares.
kadang-kadang juga kita rasa penat, nak sangat berehat. tapi benak ni langsung tak benarkan.
sekarang baru rasa buku bertemu ruas. berlawan dengan lawan yang sebenar.
macam challenging gila kan. yes. memang. banyak kali aku dah tewas.
kali ni aku nak menang. who cares, i care.
bye :)
No comments:
Post a Comment