sama ada baik, atau buruk, ia mungkin berlaku.
tapi itu orang dulu kata. sekarang masih berfungsi ke kata-kata begitu?
bila orang kata tak sedap hati, kata berpenyakit.
bila kata tak sedap hati, digelakkan. memang lah tak sedap, tak letak garam, gula. wtv!
tapi rasanya otak ni lah main peranan. bila hati tak sedap tambah lagi perasa dari otak.
berfikir terlalu banyak. berfikir terlalu yang enggak-enggak.
kalau ia nak jadi, ia tetap akan jadi walaupun dihalang.
tonton saja Final Destination, ke mana lari pun, maut tetap ada kalau dah ditakdir itu berlaku.
bukan apa, entah kenapa tiba-tiba hati rasa lain semalam.
risau jugak. sampai bergenang jugak. entah apa hal.
tapi alhamdulillah semuanya ok :)
mungkin aku berfikir terlalu lalu banyak.
sorrylah. aku memang berada di takuk lama sikit. dengar sangat cakap orang dulu.
kalau tak sedap hati, adalah tu sesuatu nak berlaku.
tapi aku ni memang susah sikit. benda kecil pun aku boleh risau nak mati.
benda memang boleh settle tapi cepat gelabah kan. tak jadi apa jugak.
pernah sekali adik aku hilang purse. aku yang gelabah gila. kelam kabut.
dia boleh rileks je. cuma risau pasal ic sebab "ic aku tu. gambar tu cantik"
okbye. aku terus marah dengan diri sendiri.
mungkin aku patut kurangkan berfikir dengan banyak.
tapi bila aku bangun tidur pun dah buat aku berfikir, bila kala aku nak berhenti berfikir?
jadi tolonglah, jangan timbulkan apa-apa persoalan pun dalam hidup aku.
selagi jawapan tak memuaskan, selagi itu aku berfikir.
.aku taknak cepat tua kerana berfikir banyak.
No comments:
Post a Comment