Sunday, August 14, 2011

Iftar & Carboot Sale bersama Pama Cews :)

pagi tu gigih bangun pagi. sebabnya nak layan mama melawat tapak kawasan baru.
almaklumlah. Mydin buka cawangan baru di Nusajaya, Bandar Iskandar.
kononya besar. memang dah biasa bila ada je mall baru sekitar JB, mama mesti nak melawat.
melawat sekali je. lepas tu, mmg taklah. cuma nak buat comparison. comel mak aku ni. hehehehe.

balik lepas zohor. hujan lebat di bumi skudai.
gadis-gadis setaman dah agak risau. macam mana lah carboot tu nanti.
kesian baju-baju mereka. basah. eh, risau baju. tak risau orang yang jual ;p
tapi khabar dari taman lain, katanya tempat mereka bebas dari hujan.

"kau nak gerak pukul brapa pdy?"
"before 4.45 aku amek kau. mungkin 4.44"
"damn u!!!"

sharmaine orang pertama yang aku jumpa. sejak balik dari Pakistan, makin rugged dia sekarang.
rumah dia selang beberapa rumah je. lek lah.
tapi walaupun dekat, dia ada kat rumah pun aku tak tau. haha
ok. move to hang kasturi. ambil minah ni. dia dah bising. "cuba kau call pdy. entah2 dia tidur"
zaza, aku bukan kuat sangat tidur weyh. haha


sharmaine, rugged kan ;)

"kitorang baru keluar. dah ada kat pasar peladang ni"
ohh. pasar peladang tu 5 minit dari rumah aku.
"siapa tu?"
"faiq"
"janganlah jujur sangat!. cakap je kejap lagi kita sampai!"

ohh. tu memang habit. jangan risau. Pama Crews memang terlibat secara langsung dengan janji melayu yang sangat kuat. sebab kami melayu.kbye.


suasana CBS :)



dah nampak kelibat Syelly, Faiq, Lily. dan beberapa peniaga CBS.
kami lari ke arah dyorang macam rindu sangat sangat. macam nak peluk tak bagi lepas.
tapi sebenarnya lari sebab dyorang tengah ambil gambar. nak interframe. hahaha

Dan kami tunggu ketibaan artis baru. Artis baru. Bold lagi, artis baru.
Mungkin orang luar tak kenal lagi. Sebab dia, ulang lagi ni, artis baru.
Jadi cuma certain je rasa kebaruan dia.
Macam orang yang duduk Pakistan kan, tak kenal artis baru ni :)
Preseting uollss, Aqilah Razali. Tak kenal kan? Ok. Nak kenal kan lah ni.
Nanti download lagu dia. Tajuk Harimau Malaya. Best weyh. Sumpah best.



first gerai yang kitorang kunjung gerai ex-schoolmates. konon bagi support lah kan.
dan Carboot Sale (CBS) ni walaupun tak semeriah mana, tapi barangnya meriah dengan harga yang meriah.
nampak tak kemeriahan yang aku cuba gambarkan yang CBS ni meriah sangat sangat tu macam kalau korang tak pergi, korang menyesal. Dan yang meriahnya lagi, kami ada. Okbye.


jumpa Dewi (tudung hitam) dia satu bas dengan aku masa sekolah dulu :)


Chaerm (baju putih) pun berniaga jugak :)

Setiap kedai mesti berhenti. Dan setiap perhentian tu mesti ambil gambar.
Tak pakai lah camera gegel zaza lagi weyh. Camera dia canggih kot sekarang. Sharp plak tu.
Kau lompat lah laju2 pun, gambar kau mesti sharp punya.
Dan setiap perhentian tu, mesti Lily macam teruja lambai-lambai sambil cakap “eh, hai. Ni bla.. bla.. blaa… blaa.. kan.”
Sebab semua pekedai kat situ kawan dia. Memang dia sorang je ada kawan.

Aku rasa carboot tempat reunion kawan Lily kot.


yang lelaki tu salah seorang kawan Lily. kan dah cakap Lily je banyak kawan kat sini :)

Dari hujung ke hujung, dah sampai hujung, patah balik hujung.
Itu memang Pama. Suka jalan-jalan buat bising. Aku rasa suara kitorang paling kuat.
kalu tak kuat, bukan Pama, tu fake punya. jangan percaya dyorang.
lagi-lagi suara yang paling nyaring lah antara paling yang banyak cakap.
so, bayangkan key yang dia pakai untuk gelak. hahaha.
kan Zaza. ecech. tau lah kena ngorat. dapat beli cincin murah.
approve je lah abang tu. "nanti kalau ada barang update, saya bagitau awak"
bang, kitorang lulusan universiti. ada ayat canggih lagi nak bagi tak utk mengorat -.-



kitorang je antara group yang teramai sangat ahlinya
. Yang lain jalan dua orang, macam hambar.
pastu senyum gelak-gelak tutup mulut. Almaklumlah wanita sopan.
Kitorang sopan juga lah weyh. Cuma kalau kitorang gelak, mulut kalau tak buka luas, itu bukan gelak.
Tu cuma senyum.
So, kalau Nampak kitorang buka mulut depan korang, tu maknanya kitorang senyum :)


eh, aku tak bagitau lagi siapa artis baru tu kan. hah yang hujung ala-ala Najwa Latif ni. Aqilah Razali namanya :)



Tapi sebabkan CBS ni, aku nak kurangkan sikit diskriminasi.
Tak semua
orang pakai kereta biasa tu takde duit.
Dan orang yang pakai kereta Swift tu tak boleh mintak 50sen dari kawan-kawan sebab tak cukup duit.
Eh, kan Lily? hahaha ;)

Waktu berbuka dah dekat, dan cadangnya terus menghala ke
Otai Steamboat dan Grill.
Sekitar Bandar Larkin. Aku dengar baru je buka.
Review pengunjung lain pun macam nampak bernas kalau makan kat sini.
RM13 satu kepala.
Masa tu mungkin ada yang faham kenapa Lily kumpul duit 50sen utk cukupkan RM3 :p





Kelihatan ahli baru,memang baru. Baru sampai, Najjia.
Yang paling gemok gedempol tu. Ok. Dia skinny. Dia cuma bajet je dia gemuk.



Makanan sibuk digrill. Daging, ayam, udang, sotong
. Steamboat tak payah cerita. Penuh.
dan kadang-kadang sebab banyak sangat, kita dah takboleh beza antara cheese dengan taucu.
kalau cheese masuk dalam sup steamboat, rasa apa ek syelly? kbye.

Tapi kitorang datang awal memang untuk sediakan makanan buat liyana ahmad. haha
Sebab lepas azan baru sampai. Timing tepat bila makanan semua dah di grill. Haha.
Aeyan datang dengan artis lagi. Zero namanya. Tengok! Ada nama artis tau.
Full name Farah Nabilah. Artis ni baru lagi.
Sebab tu dia agak senyap bila jumpa artis lama macam kitorang ni ;)


Zero & Aeyan.



Agak meriah sekitar makan. Pama kan banyak golongan artis. Kalau Fasha Sandha pun ada, lu nak cakap apa lagi?
suara dia paling kuat lah seyh makcik ni. tolonglah jangan terpedaya dia macam terlalu ayu.
sebab high key dia tinggi weyh. betul2 tinggi. tu lah Zaza.
Sebab tu, pak cik tu asyik ambil gambar kitorang je. kitorang kan bising. Eh, bukan sekali, dua. 3,4 kali gak kot.
“nanti tengok dalam facebook Otai

Korang dah boleh check lah. Kalau pakcik tu tak bagi harapan palsu.



Yang paling best bila ada asap kepul-kepul sebelah meja korang. Best kan.
Bukan sebab steamboat punya asap tapi kebakaran sebab api grill.
Biasalah. Manusia selalu buat silap. So, mungkin si pemeja lupa nak kecilkan api.
Janganlah salahkan dia. Tapi nasib baik lah tak terbakar kedai. Hahaha. Sorry. Tergelak.

Dah nak balik, Tetty
sampai. Cuma menjenguk kami yang agak lama tak jumpa.
Kurus cantik dia sekarang. Lagi-lagi lepas bukak braces.
Ah. Tak sabar tunggu Lily plak bukak braces dia. Mungkin dia kurus jugak lepas ni. hahaha


Tetty (baju putih)

“lepas ni nak g mana? Bazaar karat ke bazaar kilat

Jadi, patah balik ke CBS, berdekatan bazaar Karat.
Jammed nya memang tak payah cerita. Traffic lambat gila.
Sekitar tu pun dah penuh dengan orang.
Air dah diteguk ulang-ulang kali. Panas punya pasal.


jumpa Qeera dan kakaknya, Taqwa. tapi kenapa Taqwa xde dalam gambar?
sebab dia yang ambil gambar XD

jaln terus ke kedai scandalist. hampir dengan restoran Roost
atau RUSHBAA.
ok. Rushbaa nama lain yang Zaza bagi. tapi Rushbaa tak wujud. jangan tanya kat mana.
Scandalist kedai preloved vintage yang super duper best. for those yang suka vintage, come come :)





Sempat survey harga maxi dress. Mahal. Baik kat CBS tadi.
Tapi ragu-ragu. Tapi duit tak luak lagi. Dan tapi tapi lagi.
Akhirnya tewas. Beli juga :)

Dan bila kita jumpa orang yang kita tak terfikir untuk jumpa, rasa tu tak dapat nak gambar.
Mungkin teruja mungkin terkejut.
Ohh, dunia ni kecil je. Ok tak. JB ni kecil je weyh.
dan untuk pertama kali aku jumpa gadis yang aku kenali beberapa tahun lalu di alam siber Myspace.
dan sekarang baru jumpa. MNA, munirah najihah amoi
. Amoi tu takde dalam ic. tu cuma panggilan.


amoi (tengah) dia sangat peramah even 1st time jumpa dia :)

Cukup cerita ini. Kisah ini. Saat ini.
Kalau aku tulis berjela, aku pun pening nak re-read balik.
Cuma mungkin sukar nak gabungkan semua ahli Pama.
Tapi mana yang ada pun, ada seronok di situ.



Harap jumpa lagi di konvoi raya Pama :)
Ohh. Harini jumpa lagi. Nak buat rambut raya plak.

Bye :)

No comments: