kisah tergendala

maaf lah. dah beberapa hari aku langkau untuk 30 days challenge tu. dah macam tak aci sangat kan.
tapi hari ni, im back! :)

bukan lah ada masalah sangat pun. tapi bila cuti sabtu ahad, aku malas lah pulak nak buat entry baru.
check facebook pun gitu-gitu je.
apatah lagi nak memakbulkan permintaan photo-photo tu. rasa malas yang teramat.
almaklumlah, raya lagi seminggu. jadi weekend aku habisnya di shopping mall.
keluar pagi, balik buka, keluar lagi sampai malam.

tapi sampai sekarang, aku masih gagal lagi carik baju raya aku -.-
kenapalah aku ni 'bewel' sangat. ok. cerewet lah.
kenapa? sebab papa mama pun sama dengan je. tu yang anak dia macam ni.
ingatkan mama je. rupanya papa pun.
semalam berkesempatan keluar dengan papa berdua.
teman papa beli kasut. dua tiga kedai, semua tak berkenan. last-last, patah balik 1st kedai.
itupun kasut ni berat lah, ringan sangat lah. pelik lah, apa lah.
tapi atlast beli juga. kalau mama, atlast takbeli gapo pun.

dan semalam borak-borak dengan papa, rasa bangga plak.
kenapa perangai cerewet papa dapat kat aku, bukan perangai papa yang sangat suka bekerja.
papa cakap sejak awal papa kerja, dah cuba buat target bila umur 50tahun nanti.
"dulu papa target umur 50tahun je mesti dapat gred52. sekarang dah 51, alhamdullillah terlebih naik gred54 plak"
gila wawasan bapak aku ni. aku ni target target mesti tak lepas.
sama je lah macam target pmr,spm, tak lepas target pun -.-

tapi papa cakap sekarang habiskan belajar dulu. tapi ikut nasib.
yelah, orang sekarangkan pandang pengalaman instead of akademik. takde skill pun xboleh jugak kan.
takpelah. berdoa je lah. kalau ada rezeki tak kemana :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: