mana lagi kad raya?



mana ohh mana? *bajet nyanyi lagu Aizat. aku nak cakap pasal kad raya.
harini dah tanggal 2 hari sebelum raya. kalau esok aku still boleh puasa, nampaknya aku cuma ganti 3 hari je lah.
haha. aku rasa berbangga puasa bulan ni. eh, kau takpayah cakap "aku puasa full, tak heran pun"
kau tak heran, aku lagi super duper tak heran. kau punya hal lah.
tahu tak sang lelaki ooii, bila si perempuan dapat puasa full sebulan adalah suatu kenikmatan dan kebanggaan.
bangga yang macam nak tulis besar-besar kat blog, tulis status kat fb mengharapkan orang like, tulis kat twitter, mengharap orang retweet. betul! :)
tapi lelaki plak macam bangga kalau bagitau ada ponteng puasa. lu tak malu ke bro?

ok. habis cerita puasa penuh. aku nak cakap pasal kad raya. melecong je -.-
ulang balik ayat first. harini dah tanggal 2 hari sebelum raya. dan masuk hari ini, baru 1 kad raya yang sampai di rumah.
rumah ye. bukan melalui email, internet atau apa jua teknologi. itupun sebab kawan aku baik hati nak mengimarahkan bulan puasa ni macam dulu-dulu kala. iaitu, bagi kad raya yang bersetem.

dan semalam kakak aku jerit "adik, aku menang! aku dah ada 2 kad raya"
kau nampak tak punya bangga makcik tu. macam loser kan. ok ok tak. kau menang. kau menang. haha
sebab dulu-dulu kami punya rasa teruja dapat kad raya walaupun dalam kad raya tu cuma tulis nama pengirim je.
berlawan siapa dapat kad raya paling banyak. beli kad raya sepaket, tulis alamat, beli setem.
mengkayakan pejabat pos dan menyusahkan posmen cari alamat. itu memang tradisi dulu.
dan walaupun aku rasa dulu posmen menyumpah-seranah bila hantar kad raya sebab banyak sangat,
tapi aku juga rasa kali ni kalau posmen dapat hantar kad raya, dia pasti rasa bangga.
ingat senang ke nak hantar kad raya sekarang.

kadang-kadang dengar jugak, "jom kita hantar kad raya".
tapi tak ramai. tapi kadang-kadang ramai, tapi tak buat. semua jadi malas bila dah tengok duit poket nak beli kad dan setem.
baik pakai message, facebook, twitter. dapat edit2 gambar, tulis je. one for all. kan?
tak best nya -.-
tak best, tak best pun, lu tunggu lah. aku pun buat macam tu jap lagi. hehehe

dan dulu kalau pergi rumah orang beraya, nampak lah hiasan tampal2 kad raya kat dinding.
sekarang mana ada -.- semua nak tampal bunga2 lah. vintage2 lah. sama macam mama.

kalau lah tahu kad raya ni hilang ditelan zaman, dari dulu lagi appreciate betapa berharganya sebuah kad raya.
btw, thanks Wawa sebab bagi kad raya pada saya. iloveyouuuuu.

tahun depan bagi alamat, aku rajinkan diri tulis kad raya. ok. kali ni betul.
azam weyh. biar lah.

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: