ceritera raya


hari ini baru boleh berblogg dengan mudah dan tenang.
kalau kat rumah, mood aku melayang-layang. idea nak menulis pun entah ke mana.

kalau nak bercerita bab raya, aku rasa aku boleh copy last year raya punya entry.
sama dengan penceritaannya.

macam biasa, aku lah orang terakhir yang beli baju raya. itupun aku dah malas nak pikir.
main capai, tak ukur tak apa, beli. pakej dengan tudungnya sekali.
itu hari jumaat.


haa.ni lah bajunya. lipp lapp lipp lapp naa. eh, biarlah.

sabtu, segalanya bermula. persiapan raya lah. cat itu, cat ini. pasang itu, pasang ini.
lagi-lagi pasang speaker bukak lagu raya kuat-kuat. seronok weyh. itu yang aku suka.
aku tak kemana pun weekend tu. habiskan masa dengan rumah.
almaklumlah, kerja, xde masa nak bermesra dengan rumah. macam takde motiff kan? -.-

ohh. haritu gua macam baerlagak gila kan nak puasa penuh kan? hameekk kau.
hari terakhir puasa tu lah boleh terkincit. demmmm. okbye.

Isnin pulang ke Batu Pahat, tapi petang tu terus balik Melaka.
malam raya, main bunga api, mercun. tengok mercun meletup2 di udara :)


tak senonoh perangai. bukan aku. yang bertutup kepala tu.haha.bye.

aku lebih suka 1st raya di Melaka. rasa Rayanya. sebab kena bangun pagi, sembahyang raya.
berkumpul makan sama. ada geragau :)


ni gambar tahun lepas, tapi sama je hidangan untuk tahun ni.
yang kuning depan sekali tu geragau :)

aku rasa Geragau ni Melaka je buat. eh ye ke?



sempat berbual dengan nenek. nenek suka duduk kat luar.
sempat nenek cerita, nasib baik kami balik kampung, kalau tak, nenek kena beraya dengan keluarga menantu dia.
"nenek taknak. anak-anak aku ramai, dyorang mesti balik"
tiba-tiba rasa sayu. macam tu kot perasaan mak/ayah yang tunggu kepulangan anak-anak mereka.

petang, pulang ke Batu Pahat plak. memang macam ni jadual raya kami.
sepupu aku dah call, macam rindu sangat. aku tau, bila aku takde, mesti tak meriah. haha. dah. diam kau.
lepak lu, malam baru beraya. beraya sekitar kampung. rumah kenalan dan saudara mara.
tapi makcik-makcik sibuk lah berbual, yang kami sepupu sepapat sibuk main Fruit slice kat handphone. haha





raya ke2, menghala ke Kluang, simpang renggam.
sempat jugak lalu Ayer Hitam. hammeek kau, jammed berkilo2 meter.
panjang jugak hanya kerana traffic light yang merahnya terlalu lama, hijaunya terlalu sekejap. terima kasih.

dan di Kluang jugak, berlaku accident yang tak diingini.
betullah orang kata, malang tak berbau. kita ni dah cukup berhati2 tapi tidak orang lain.
kesian jadi mangsa. sebabnya...ni yang aku nak emosi ni.
"eh kereta depan, kau dah laju tu, laju je lah. kau dah kejar lampu hijau tu tiba-tiba nak emergency brek pehal?"
haa, nampak tak penyebabnya. dia brek, papa brek. belakang pun brek.
jadinya, kereta depan selamat, kereta aku kena hentak dari belakang. thanks.


ini kereta pakcik tu. tapi kawan pakcik ni cakap "kereta ni mmg patut kena langgar"
sebab memang dah buruk. haha.
eh, bukan aku cakap, kawan dia yang cakap eh.


tapi kesian pakcik yang langgar kami tu. wangnya pun tak cukup nak bayar.
takpelah pakcik. apa yang ada. selamat hari raya :)
sambung beraya dari kluang ke simpang renggam terus ke johor bahru. rumah kawe loh. sapo lagi.


ramai kan. sepatutnya lagi ramai. maksudnya yang ni tak berapa ramai.

malam tu bertekak nak keluar jugak walaupun dah 10.30malam.
akhirnya dapat pelepasan pergi karaoke di Danga Bay :)
dapat jugak lepas tension kan.


ni semua bukan naik hantu dah, tapi naik atas kerusi. lagi bahaya.
sia-sia je kalau kena marah.

esoknya patah balik ke Batu Pahat. macam takde kerja kan. sebab ada open house.
yelah, sekali sekala ada rumah tu di open, nak jugak datang kan.
lokasinya bekas rumah atuk aku dulu. lama dah aku dan yang lain tinggalkan.
titi tempat permainan dulu pun dah roboh. segalanya dah hancur.
yang seronok duduk dekat beranda menghadap laut. anginnya kencang betul.


ber-background kan kampung lama. tengok papan tu, dah terkopak-kopak dah -.-

yelah, sekarang tak banyak rumah kampung ala papan, semuanya batu.
yang anak kecil tak diajar berjalan dalam rumah kayu pun terus jadi pelik, terus taknak berjalan. geli katanya -.-


tapi si demmmukk ni rilek je. takpayah nak geli-geli.
baik je dia guling-guling. sebab tu dia comel.

malam tu bertekak lagi. kali ni nak menonton wayang. yang tengah hott tu je lah, Hantu Bonceng.
bukan apa, sebab terlalu jammed nak ke bandar. tapi anak muda weyh, apa ada hal.
tetap berkeras dan akhirnya lepas. dan wayang start jam 12.15 tengah malam di Batu Pahat Mall :)



masa tu baru pukul 10mlm aku rasa. jadi ada yang ke bowling, ada yang berkaroke.
ce teka, aku ke mana? ofkos lah bukan bowling :) bye.
sampai rumah dah pukul 2pagi. semua dah tidur, takdelah nak kena bebel kan. haha

begitulah raya kali ini. walaupun nampak sama je tiap-tiap tahun, tapi itulah yang seronok.
ada sepupu-sepapat yang sama kepala. gelak-gelak, nak fikir masalah pun jadi terbantut.
"kau ada baju baru, aku pun ada, yeayy, kita sama-sama ada baju baru" :)
itulah raya.

siapa yang dapat duit raya dari aku tu, untungglahhh. tahun ni je. tahun depan tak dapat dah.
yang taknak bagi aku duit raya tu sebab bagi alasan aku dah kerja, untungglaaahhh, tahun ni je. tahun depan kena bagi ye :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: