kenapa kerja?



banyak orang tanya aku, kan lagi seminggu nak naik sem, kenapa kerja?
banyak alasan kenapa aku masih kerja.
sebab kalau aku berhenti sebelum raya, nampak tergesa sangat. tak best.
kalau berhenti masa tengah raya, mesti dapat duit raya bila dah nak berhenti nanti.
almaklumlah, aku ni muda. yang kerja kat sini semuaaaa 'lagi lagi muda' :)
haaa. dapatlah income lebih sikit.

kenapa kerja sebenarnya? ofkos lah nak duit. siapa nak bagi duit sehari rm54?
sebab aku nak beli sesuatu. yang agak mahal.
pernah tak rasa nak beli sesuatu. bukan untuk kita, tapi untuk sang lain.
aku kurang memberi jadi teringin untuk memberi. rasanya seronok bila tengok orang gembira.
dan kegembiraan tu berpunca dari kita.
dan pernah tak rasa sedih bila berkali-kali orang inginkan sesuatu tapi kita tak mampu nak belikan tapi nak sangat belikan.
aku tak suka perasaan tu. macam nak menangis.
macam tu lah agaknya bila ibu bapa tak dapat belikan anak barang yang anak mahukan.

awak, awak tunggu je lah apa yang kita nak beli ni ye.
kalau ada, adalah. kita nak sangat belikan awak. tapi tengah tak cukup duit.
nanti ada duit, kita belikan ye :)

gaji, masuk cepat sikit ye :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: