Tuesday, September 13, 2011

selesainya 3 bulan berkerjaya

dan sekarang aku di atas tilam. bukan lagi atas katil nak bersenang-lenang tunggu masa untuk makan.
sekarang aku di tanah shah alam. kembali aku disini menyambung perkara yang dah tertunda selama 4 bulan.
mood pun tunggang terbalik. dan feel untuk ke kelas pun rasa takde lagi.
perh, ingat senang ke nak dapatkan feel yang dah aku bantutkan 4 bulan lepas.
erti kata lain lebih kurang 120 hari. perhh.

cumanya untuk entry kali ini, saja nak berkongsi rasa dan ceritera berkhidmat di bawah naungan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,
ada yang kata aku jaga wad gila, ada yang kata aku nurse, doktor, ada yang kata aku itu, ini.
macam-macam orang kata.
dan ini aku yang kata, aku pembantu tadbir N17.
mengikut gred kerajaan, 17 tu rendah lagi. lagipun sebab ikut result spm.

dan aku diletakkan di bawah Unit Pendidikan Pesakit.
dalam unit ni cuma ada 3 jawatan. Ketua Unit, Pereka grafik dan pembantu tadbir.
dan aku boleh kata, unit ni yang pallinggggg sempoiii!
walaupun mulanya aku agak nervous masuk unit ini, tapi sekarang aku bersyukur.

tugas aku mudah dan gampang habis.
kelas pendidikan hanya dijalankan pada selasa, rabu, khamis minggu 2,3,4.
selasa kelas diabetes, rabu kelas renal/buah pinggang atau kelas asma dan khamis kelas hipertensi/darah tinggi.
bukan aku yang berceramah. tapi sekadar uruskan registration pesakit, pegawai perubatan dan duduk dengar ceramah sekali.
so, no wonder aku dah boleh ceramah sendiri pesakit diabetes, asma ataupun darah tinggi :)

so, bila takde kelas, aku cuma duduk berteleku online sepanjang hari yang bajet macam banyak kerja mengadap laptop tapi sebenarnya berfacebook,bertwitter,berblogging :)
aku cuma duduk di pusat promosi kesihatan atau lebih mudah dan jelas sudut membaca/sudut menunggu di poliklinik hospital :)
mudah kan. dapatlah rm54 sehari. siapa nak bagi? kan :)

perh, ramai jugak apply untuk posisi aku, lagi-lagi bila aku nak berhenti ni.
tapi kenalah interview dulu bhaiii. bukan senang-senang je.
masa awal-awal dulu pun ada 15 orang yang interview dan hanya 4 orang terpilih.
aku lah salah seorangnya :)


yang berbaju turquoise En Aziman. bosss gua tuu. yang pakai baju pink, itulah abang Zul :)

ketua unit, En.Aziman, sangat baik. tapi agak cerewet dalam perihal kerja.
kalau nak jumpa dia, dia akan bagi detail.
contoh kalau manusia normal, akan cakap "ok, jumpa saya dalam 10 lebih"
dia manusia detail, "jam awak 10.23 kan. jam saya 10.25. so, jumpa saya 10.32,jam awak 10.34 lah"
hah, cukup detail tak?


masa ni sambut hari jadi mereka berdua plus perpisahan untuk pelajar praktikal.
yang berbaju ungu tu, Pn. Siti Maryam. ketua Unit Kaunseling :)

pereka grafik, abang zulfikri, super duper sempoiii!
dia memang kepala yang boleh layan. kalau nak balik awal, nak merayap ke, haa, mintaklah kat dia. kompem dapat! :)
adik dia sama batch dengan aku waktu diploma. kenal juga. Ain namanya :)

kak Noraini, staff nurse diabetes pun seroonokk.
dia orang kelantan. nampaklah slang-slang bahasanya tu.
Kak Maznah, Kak Zana, staff perpustakaan. mereka pun best.
boleh bawak berborak. aku ni kurang sikit nak berbual dengan orang berumur ni.
takut salah cakap. tapi dyorang ni sempoi je :)

kak Min, PRO (public relation officer) di hospital.
dia baik. muda lagi. baru kahwin. dan yang paing seronok bila dia kata dia mengandung masa last day puasa haritu.aku yang teruja.
Sister Jamilah dan kak Su, dari Unit Pemindahan organ.
aku selalu tolong dyorang key in data penderma organ. yelah, bosan kot aku takde kerja.

dan yang penting, cleaner kat situ pun baik :)
termasuk lah mat bangla tu. dia bagi duit raya rm10 kat aku. kau ada?
ingat lagi masa aku masuk kerja, dia masam je muka. sebab rindukan pekerja sebelum aku tu.
dan sekarang, bila datang tempat aku, lebar je senyuman nya tu. alahaaiii.


dan ketika ini, kelas diet untuk staff. di buat di tempat promosi yang aku jaga.
sama je suasana dalam kelas pesakit yang aku selalu buat tu :)


tu diaaa. dua orang pelajar praktikal. tudung krim itu namanya NurIndah. yang tudung kuning, Saidatul namanya. mereka pelajar praktikal dari UTM :)


haaa, ni lah bilik promosi tempat aku berteleku online sentiasa dan juga tempat aku tidur :)

Tempat jagaan aku tu adalah tempat terbesar dalam poliklinik.
kalau aku tak datang kerja, memang bergelap lah tempat. rasa tak manis bila poliklinik gelap.
so, dah nampak betapa pentingnya aku dalam unit ni? *ohh blushinggg!
dan aku juga digemari kanak-kanak. terpaksalah layan macam jaga nursery.
sampai ada ibu sang budak ni kata "pagi tadi Ayied kata nak pergi hospital jumpa kakak tu"

dan ada 2 orang cucu staff yang suka layan aku bila petang.
Che Siti Nadia Zakiah(Yana) dan kakaknya Che Siti Nadia Zanariah(Abby)
tapi Abby selalu takde sebab petang dia sekolah agama.
tapi bila jumaat, dia akan ponteng sekolah sebab nak jumpa aku.
Yana selalu datang main game angry birds.
rindu mereka :(
dan masa hari terakhir sempat jumpa mereka sekejap. dan Abby bergenang air mata bila aku kata lepas ni dah takjumpa lagi :(


dan ini gambar anak-anak yang sempat aku tarik untuk bergambar bersama :)
tapi gambar Yana & Abby ada dalam laptop lain. takdapat nak tunjuk :(

macam-macam ragam, macam-macam orang yang aku jumpa.
dunia pekerjaan memang lain.
jumpalah sang busuk hati, sang baik hati, dan macam-macam lagi.
dan aku rasa buat aku sedikit matang. ala macam kakak-kakak :)

kalau ada waktu lagi, insyaallah jumpa lagi.
terima kasih atas pengalaman semua :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: