cerita melaka untuk sehari.

cadangnya nak bergerak sebelum matahari terbit. tapi bila abe dah buat aku marah, macam tak sesuai rasanya nak memandu.
dan cadangnya juga ke Melaka untuk selesaikan urusan jualbeli bersama klien.
dan cumanya aku tak berapa nak teruja sebab ianya berlaku pada hari Isnin.
so, bila weekdays, Melaka agak mati. no Jonker walk, of course.

pagi tiba terus ke Lendu. ohh rindu rindu.
dan masa tu tengah feeling like, i'm back to diploma! yeahh.
&& thank God sebab aku tak kenal abe lagi masa ni. kalau tak, hilang masa aku dengan kawan-kawan. yelah, masa Diploma, none of us yang ada komitment.
so, we alwaysss together. muah muah! haha.

ok. sambung balik. sarapan di Sungai Petai.
kat sini memang famous kalau sarapan. but, ini first time aku ke sana.
means, even tempat ni famous pun, sepanjang diploma, i never been there -.-
abe kata aku loser. ok, ada rasa sikit loser sekarang.

then pusing tengok rumah lama.
ohh, rumah sewa aku dengan rumah sewa abe dulu tak jauh. tapi xpernah nak jumpa.
ok, pernah jumpa. tapi siapa kisah pasal dia tu. haha.

dan masa jumpa si klien, datang lah kawan-kawan lama abe.
ohh, mereka semua junior blok dia dulu.
dan pity me, aku takde pun yang aku kenal lagi kat area lendu except adik aku -.-
lelaki senang kan nak gaul ramai-ramai.
perempuan jarang sikit. tu beza laki dan perempuan.

nak makan Char Kuey Teow di Kelemak, tapi takde rezeki.
pusing 2,3 kali, masih tak bukak. tandanya memang takde rezeki.

selesai kes di Lendu, tiba masa ke area bandar. Dataran Pahlawan. DP.
jalan macam biasa. jalan ke A Famosa. sheet lah, bajet macam pelancong. phuii.
nak naik beca, kena bayar, so, aku rela jalan kaki ye. terima kasih.



untuk tengahari, aku rasa nak makan Seoul Garden.
ralat rasanya pergi melaka tak menikmati Seoul Garden.
kat sini lah, the best Seoul Garden nak banding di KL tu.
tapi itulah, abe taknak plak. dayyyummmm.
lagipun dia kata kalau makan Seoul Garden nanti kenyang. tak boleh makan benda lain.
so, kami makan Mcdonald je. ehh, Mcdonald memang ada kat melaka je.
so, bila datang melaka, memang kena makan Mcd -.-

petang, konon nak lepak tepi tebing. *tak tau exact name.
tapi dulunya ia nya tapak eye on Melaka. tapi muka abe dah mintak pelempang, sebab dia nak sangat Coconut Shake Klebang.
so, straight carik jalan ke Klebang even aku taktau pun where the right way -.-
thank God jumpa jugak & sebenarnya senang je jalan tu. haha.
Coconut Shake Klebang memang terbaik. lagi-lagi kalau minum tengah panas. yummy lah! :)





then, turn back untuk lepak balik kat tebing tu. sampai hari gelap.
&& masing-masing dah super duper penat. then patah balik Dataran Pahlawan.
sebabkan abe penat, dia tidur dalam kereta dan aku keluar jalan-jalan.
see, sebab tu aku suka PADINI melaka. ada sale je memanjang.
skinny yang sepatutnya around RM120, jadi Rm23 je. kau ada?! :)
then, aku kenalah beli. sebab itu last one, dan sangat cocok dengan saiz aku.bye.





before balik, singgah makan di Asam Pedas Claypot.
Asam Pedas sini memang terbaik. go & find! kalau datang Melaka. okeh? :)
dengan wang yang tak seberapa, terus pulang ke Melaka.
tapi! ada tapi. si gila ni influence aku tengok wayang.
perh, dia bajet Shah Alam macam balik Lendu je kot. only half an hour -.-

wayang 10.30pm, Dataran Pahlawan, Fright Night.
seronok lah konon kan. aku lah yang mati sebab kena drive nanti -.-
habis wayang, around 12 lebih. ok. dah best lah tu.
isi minyak. then terus menghala ke Ayer Keroh untuk keluar highway.

"eh, awak ada duit lagi tak?, tol berapa ringgit?"
"sheeet!, duit dah habis. tak keluarkan pun tadi. awak dah xde duit ke?"
"mana ada, dah isi minyak awak tadi. habis dah"
"jom carik ATM"
"mana boleh, pukul 12lebih ni. mana ada ATM bukak"

ok. dah nampak ada masalah tu. semua ATM currently no available bila pukul 12tgh malam.
so, untuk habiskan masa, cari jalan yang agak jauh dan pusing balik ke Alor Gajah.
sebab tol makin murah. dan cadangnya nak ke Senawang dulu sebab duit betul-betul cukup untuk tol Senawang dan pulang melalui lebuhraya LEKAS.
tapi, aku lebih prefer untuk jalan terus ke arah KL sebab banyak masa dapat dihabiskan.

dan disebabkan aku terlalu mengantuk yang tak boleh dibendung, kami stop di RnR untuk tidur.
disamping habiskan masa untuk tunggu ATM available.
nasib baik terbangun dalam jam 3pagi. teruskan perjalanan dan berhenti di RnR Seremban untuk muntahkan duit dari ATM.
selamat pun dan sangat lega bila duit dah ada dalam tangan.
perjalanan diteruskan dan selamat tiba di Shah Alam jam 4.30 pagi.

super duper penat tapi tiba-tiba rasa adventure.
memang betul orang cakap, kita merancang tuhan menentukan.
kalau jalan cerita dah begitu, begitu lah jadinya.
kalau tuhan dah bagi masalah, mesti Dia bagi cara untuk selesaikannya.

moral of the story, sediakan duit sebelum keluar tol.


muka wanted! macam nak lempang muka dia bertubi-tubi.
selalu bagi experience yang aku tak pernah fikir.

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: