aku tak lewat lagi kot nak wish pengantin baru :)

ramai betul yang nak kahwin, && dah kahwin, dah pun mengandung, && dah nak bersalin pun.
ada yang sebaya aku, lebih tua, dan ada yang lebih muda pun dari aku.
jodohlah katakan. takboleh nak cakap lebih "apahal seyh kahwin awal gila".
tahniah tahniah. tunggu kad kahwin aku plak. entah bila.
mungkin juga masa tu pun kad kahwin dah hilang macam kad raya. pakai facebook, twitter, message!
ohh no. pleasee lah!

sebaya aku, Salina, cuma menghitung hari nak bersalin. ohh my! aku yang nervous. *ok.takde motiff.
sebaya aku, Illeyani, hari ni tarikh dia menjadi isteri orang. ok nervous lagi.

lebih tua dari aku, abang sepupu aku, abang Faris, eceh, sejak bila aku panggil fullname ni, ok. abang AESH. lebih pendek kan. menghitung hari dup dap dup dap nak jadi suami orang.

lebih tuaa tuaa lagi, kakak sepupu aku, Aini Hafiza, dah sah jadi isteri orang. entah apa lah dia buat sekarang. masak kot. eh. untungglah dah kena masak :)


tengah siap sedia nak jadi tukang masak, basuh pinggan, gosok baju, uruskan kelengkapan si suami.
eh, bukan aku, yang baju putih tu :)


ohh. itu kerja aku. pengapit. dan masa ni lah sang pengapit sangat berseronok minta tol.
ohh so, yang bukan dari Johor mungkin kurang familiar dengan adat ni.
pengantin lelaki kenalah sediakan duit tol sebelum dapat duduk atas pelamin.
ohh mungkin kali ni, si pengantin lelaki bernasib baik sebab cuma aku je tol nya.
ada jenis, dari pintu masuk dah bersidai nak minta duit tol :)
abe kenalah sediakan duit lebih sikit nanti.ok bye :)


bila selesai dibayar tol, dapatlah duuk atas pelamin.
barulah kepaakk kepakk kaboom keboom.

ohh, ce teka berapa income, eceh income!, ok tol yang aku dapat?
RM100 weyh. hanya berdiri tak sampai 10 minit atas pelamin tu.
dan aku macam nak tukar profession jadi pengapit penganti Johor je. miahaha.
dan aku rasa setiap perincian tubuh dalam badan semua orang kat situ, semua bertemakan cemburu dan irihati sebab aku berjaya menggondol RM100 tuh.
rejjeekiii weyh. takkan aku nak baik hati pulangkan balik. ohh, bukan aku tu.
aku tak hipokrit. miahahaha.



dan yang paling tak paham, apa motif dia? apa motiff dia ni!


ohh, motifnya? untunggglah dah 9 tahun dengan encik boyfriend.
kau bila nak kahwin? aku bisa jadi pengapit kau, dengan syarat Mr. Miar kau tu sediakan tol rm100. ok bye :)

*ok. ini cuma hiasan. betul-betul macam hiasan kan. macam yang jadi pokok atas pentas tu. bye :)

ok ok. habis cerita sang hiasan ni. semoga berbahagia lah hendak-NYA. semoga cepat mengandung, boleh main pukul-pukul perut kau, ok macam jahat sangat. boleh ajak kau main lumba lari, pun macam jahat, boleh ajak kau karaoke, ok, baru nampak baik sikit kan :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: