Wednesday, November 23, 2011

menembak bersama Tip Toe Production & Mytv3 :)

long long long long time tak hapdate blog.
very very busy maaa wa cakap sama lu.
even entry untuk pamacrews pun settle lagi. fuhh. mengeluh kejap -.-
sorry guys. nanti aku dah punya banyak idea dan masa tambahan, akan ku laksanakan okeh? cheers! :)

harini nak bercerita tentang aksi menembak atau dalam bahasa yang mudah difahami, shooting time bersama my production untuk TV Directing subjek, Tip Toe Production berkolaborasi bersama MyTV3.

before ni aku pernah berkata untuk terbang ke Bandung. tapi, itulah. rezeki kan.
kalau tuhan kata takde, takdelah. begitulah gamaknya.
setelah bertungkus lumus, akhirnya kami cuma lakukan di Sunway Lagoon Extreme Park.



sunway extreme park merupakan tempat kedua di hari kedua kami menembak.
first day, kami lakukan birthday prank segment di salah sebuah kediaman rakan sekelas.
kau gila. baik punya prank kitorang rancang. memang serius menjadi.
polis, dadah, pelacuran. 3 keyword. saksikan lah nanti di tv3 ye :)
nanti gua bagitau bila :)

ok. sambung hari di Sunway Lagoon. walaupun cuma sunway lagoon, tapi aku masih rasa teruja.
sebabnya ini kali pertama aku masuk Sunway lagoon! jyeaaah.
kau nak cakap aku loser? suka kau lah.
atleast aku mengaku daripada orang yang menipu. buat apa nak malu kan. gua jujur apa.
dan yang paling best, its FREE!!
sedaplah FREE! (aizat, 2011)

bersama krew mytv3 dan artis jemputan Ila Damia dan Adi daripada Mentor 4.
itu pun dah cukup gembira adanya mereka.

first game, kami menaiki ATV.
kau tahu ATV macam mana? ala, macam bawak motor je.
pergh, berlagak kan aku. haha. kau rilek je. ni first time kot aku bawak motor. haha.
lesen motor pun aku takde -.- so, nak naik ATV tak memerlukan lesen. kau rilek je.



inilah ATV nya :) comel je kan.

selesai berATV, next game, kami go-kart!
cis, kalah dengan Adi mentor. tu pun sebab tiba-tiba ada biawak besar kat track. cis.

then, game archery. memanah katanya. haha.
berat! almaklumlah, pes time nak memanah.
Adi juga tolong ajarkan. Ila dengan Adi serius sempoi gila. best wa cakap sama lu.

dah habis game yang rilek-rilek. next move to extreme yaww!
G Force X! 120km/j in 2 sec.
fuhh fuhh. even macam takut pun but still nak try.
rugi weyh kalau tak cuba. sementara dapat free ni baik cuba kan. miahaha.
nak gambarkan pun susah. tapi G force x macam bola yang dilastik dan berpusing-pusing.
kalau nak tau, kena lah try. sumpah best!


ini seat utk G Force X. depan tu pun ada camera yang akan rakam muka kau menjerit kat atas.
serius malu. haha.

nasib baik tak makan lagi. so, taklah rasa nak termuntah sangat.
kalau nak diikutkan, game seterusnya dibuat after lunch.
tapi, atas permintaan ramai, lebih baik disettlekan terlebih dahulu.
so, lets bungy jump!
melompat dari ketinggian 21m. fuhh. fu**ing exiticing!

aku bukanlah berani sangat tapi suka untuk mencuba.
once in lifetime yaww.


tu dia. muka menahan nervous. masa ni dah ready dilengkapkan dengan peralatan semua.
cuma kaki dan pinggang sahaja diketatkan. tak boleh nak gerak.


dah ready untuk bunuh diri? jyeahh. in 5, 4,3,2, 1 jump!
aku tengok orang kat bawah tu kecik besar je.

fuhh. gila ah. selama ini aku selalu rasa macam nak terjun bangunan.
now, im did it! yeahh! serius. takut tapi best.
tapi cukuplah sekali.
please lah siapa-siapa nak bunuh diri tu, takpayah lah. gerun dowh.
owh, kalau kau rasa nak trytest bunuh diri tu takut ke tak, pi cuba datang sini tengok.


then, once u did bungy jump, u will get this certificate. certificate of insanity :)
see. nama gua terpampang tu. maksudnya aku gila. bye.

shooting berakhir hampir jam 5petang.
lepas diberi makanan yang sangat best dari pihak Sunway, its a wrap!!
now, tinggal editing session after this.




gambar kenangan bersama Ila Damia & Adi Mentor dan krew TTP & MYTV3 :)

ohh, btw, Adi main tipu. dia tak main pun G Force & bungee jump. pentakut. haha :)
btw, suara mereka adik-beradik sumpaaahhh best gila.
seronok suara sedap.hikhik. ok bye :)

so, tinggal editing. harap semua footage baik-baik sahaja.
so, nantikan siaran Mytv3 ye. love u'olllss! :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: