Saturday, November 12, 2011

peranan Masscomm


"Kadang-kadang orang tak paham peranan media dan apa dilema yang kita alami. Tanggungjawab kita besar. Teruskan apa yang kita lakukan. Peace Yawww =D" (Ezzat Asyiq, 2011)
ini status yang akan copy dan aku quote secara jelasnya dari facebook salah seorang classmates aku merangkap bekas producer aku :)
ala, Ezzat Asyiq, yang selalu kata "rilex, semua benda boleh settle" :)
sumpah bro, itu ayat kau yang selalu buat kami tenang bila lakukan assignment sekarang.

ok. Masscomm. Mass Communication atau komunikasi media.
kalau semua dengar pun, dengan senang hati akan cakap, "oh, nanti kerja jadi wartawan lah ye"
"alah, nanti gosip je lah tu"

sebenarnya dik oi, lihat dari luaran, semuanya sangat gampang.
kau tau gampang? gampang tu macam lempang. lempang muka kau kalau kau pikir itu senang.
kau try cari number artis. itu je aku mintak. nak tengok senang atau tak.

apa sahaja yang dilihat di dada akhbar, di kaca television, itu kerja Masscomm.
dan hanya utk dipaparkan di tv selama 1,2 jam, dipampang di akhbar utk sehari, pekerja Masscomm perlu ambil masa berbulan-bulan mahupun berhari-hari.

apa sahaja yang dikeluarkan di celah surat khabar,majalah, buku yang dibaca,
apa sahaja yang dipertontonkan di television, itu bukan kerja mudah.
bukan hanya "oi, kau pergi jadi cameraman, hah, kau plak, pergi jaga lighting".
bukan oh bukan. perancangan itu sangat perlu ada dan sangat detail.
aku alaminya walaupun aku hanya seorang pelajar Masscomm.
kalau seorang pelajar dah rasa lantangnya kerja ini, apatah lagi saat bekerja kelak.

pernah aku dengar "dulu bapak aku tak kasi masuk Masscomm. sebab dia kata Masscomm bodoh"
Kalau kau cerdik pandai, tapi tak sekreatif Masscomm yang konon bodoh tu, kau tak jadi apa. sumpah.

"dulu orang kata Masscomm pilihan terakhir kalau nak masuk belajar kat U sebab Masscomm senang"
"ala, result kau tinggi bolehlah sebab kau amek Masscomm"
mana ada perkara mudah dalam dunia ni. even menang loteri tu pun susah. nak kena beli nombor berkali-kali.
jangan diskriminasi lah. pergi cuba tengok. sumpah tak mudah.
even program 1 jam pun perlu krew berpuluh orang. tak percaya, tengok lah ending credit masa habis program.
ramai kan. maksudnya tak boleh kerja berseorangan.

ramai yang bekerja dalam dunia komunikasi lambat kahwin.
kau fikir kenapa? bukan saja suka suka "yayy aku kahwin lambat".
tak. sebab terlalu busy menyediakan wadah utk public tatap dan tonton tiap-tiap hari.
besar kan pengorbanan Masscomm.
kadang-kadang dilema utk penuhi semua permintaan penonton.
macam mana nak puaskan hati semua orang kan.

kalau anak-anak anda ada yang minat pada dunia komunikasi, apahal nak halang.
minatnya ke arah itu, takkan nak pergi jadi doktor bedah orang kan?
dan aku bangga menjadi salah seorang Masscommers.
itu bukan kesalahan. itu memang pilihan :)

bye :)
fds ♥
written by fadhillasamsudin

No comments: