Saturday, December 31, 2011

cuti musim sejuk di Beijing :)

dah dekat 4 minggu, baru aku nak post.
eh, kan dah cakap, itu memori. tak kisah bila mana pun, ia masih boleh diungkap.


gua tak rasa malu nak cakap ini pestime gua keluar dari malaysia.
betul-betul punya keluar. takat Sabah Sarawak, gua dah lepas. takde hal. pusing kiri kanan dalam flight, dah sampai.
tapi cuma berbekal mata yang mengantuk utk flight 8.30pagi, tak jadi hal lah untuk 6jam punya perjalanan.
tapi itulah, AirAsia X kan. murah dan padat. nak tidur pun, selesa tak selesa, terima seadanya.



Penerbangan AirAsia X dari LCCT ke Tianjin Airport, china.
di tangan cuma baju tebal. dalam flight, dijadikan bantal. itu best dan empuk.
dan dalam minda aku, cuma bekal apa yang rakan aku,AZFA namanya, pesan "rilek lah pdy! -2c je KOT"
ok. kau kena highlight KOT tu. sebab KOT kat situ beerti TAK SEJUK. fullstop.
ok. -2c, tak sejuk, tak sejuk. itu gua dah set.

hampir tiba, suhu diramal -1c. ok. kalau -2 tak sejuk, apatah lagi -1. rilek lah weyh.
cermin sisi tingkap kapal terbang gua sentuh. ok sejuk.
tapi macam "eleh,tak sejuk mana pun"
nampak tak keberlagakkan aku di situ?
aku tak ingat tapi tibanya dalam ingkungan almost 4.30petang. waktu sana sama je. time zone tak berubah.
so, tak ralat sangat. tapi cuaca buat aku nervous. macam sejuk. macam.
tapi sebab aku ada nampak orang pakai short. so, aku rilek.

disambut oleh tour guide, Tommy Wang, asal Beijing tapi bertutur bahasa indonesia. itu hebat.
sementara tunggu bas utk ke Beijing, aku masih dalam lingkungan dalam airport Tianjin.
dan aku berdiri betul-betul pintu masuk. dan bila pintu itu terbuka...
baru aku rasa angin untuk -1c. dan itu tak kelakar bila masing-masing terus cari baju, glove dan stokin tebal.
mata aku sakit, hidung aku kering ditusuk angin sejuk.
dan masa tu aku memang dah berjanji "AZFA, balik nanti aku tumbuk muka kau!" ok. cukup.



menaiki bas comel menuju bandaraya Beijing yang mengambil masa 2 jam dari Tianjin.
jam 5.30petang, langit dah gelap. biasalah musim sejuk, malam lebih lama dari siang.
sebelah kiri matahari masih cuba utk tenggelam, tapi sebelah kanan, bulan dah timbul.
jalan raya sama macam Malaysia, bila saat petang, jammed sana sini orang pulang kerja.

asalnya aktiviti pertama utk menonton akrobatik, tapi terlewat, jadi ianya akan dibawa utk esok hari.
jadi terus makan malam dan pulang di hotel.
makanan? ada lah halal. jangan risau. tapi untuk penggemar makanan yang sihat, mungkin boleh.
tapi tidak aku. sekadar lepaskan perut lapar.





hotel betul-betul di tengah bandar Beijing. Wanch Huafu Hotel.
setiap bilik, untuk 2 orang. tapi kami biarkan satu bilik kosong, dan kami ber4 dalam satu bilik.
relaxlah. sharing is caring kan.
malam diramalkan suhu -7c tapi tak memang tak lah gua nak rasa, baik aku tidur. penat gilo!
dan yg tak bestnya, bateri hp mati dan plak tidak bersesuaian. lain! -.-

HARI PERTAMA
seawal 8.30pagi bersedia utk ke Summer Palace atau istana musim panas.
dengan tasik yang sangat luas, memang kami tak diberi masa utk kelilingnya. sebab akan ambil masa hampir satu hari. so, nampak tak besarnya tasik tu.





next, kami dibawa ke kilang mutiara atau pearl centre. macam biasalah, nak promote kan.
kami juga ditunjukkan cara untuk membuka tiram dan dapatkan mutiara di dalamnya.
at last, aku beli satu rantai mutiara as birthday present Yusmirnadia & gelang for mine! :)

dan papa beli nombor china berharga 120 yuan utk memudahkan komunikasi.
dapat lah lepas rindu kat abe walaupun seminit. almaklumlah rm1 seminit kan.

makan tengahari dengan menu lain tapi cara masak yang sama.
jadi, isilah perut ni untuk lebih kenyang.
then, kami bersolat di Masjid Nuijie. untuk berwuduk, ada 2 paip setiap tempat.
satu paip air sejuk macam dalam freezer, satu paip utk air panas yang berasap-asap macam baru lepas masak.
so, which one? panas sangat, jadi gagahkan diri terima yang sejuk. macam letak ais di muka sendiri -.-



next, kami dibawa ke.. hmm ke.. aku lupa. tapi untuk rawatan urutan kaki. jyeahh!
free of charges yang penting. yang penting :)
mengeluarkan toksin dalam badan dengan rendam kaki dalam air herba yg panas.
air yg jernih, jadi keruh. banyak toksin dlm badan aku ni -.-
urutan kaki utk 20 tahun ke atas. mulanya dia ingat aku tak layak lagi -.-
weyh, gua dah 22 lah. bila kaki diurut, dia kata aku ada masalah dalam perut -.-





kemudian, destinasi seterusnya ke Dr.Tea, iaitu tempat penjualan pelbagai teh herba.
yang seronoknya bila gadis tu bg penerangan dlm bahasa indonesia. itu juga hebat.
dapat lah merasa pelbagai jenis teh.



dan aktiviti akhir utk harini, menonton persembahan akrobatik.
dan, perh, cayalah! gua tak rasa rugi menonton. gila babs punya!


ini pentas mereka.


dan bila globe ini berisi 5 motorsikal berpusing bersama, apa lagi kau nak kata selain amazing!

HARI KEDUA
macam biasa, pergi bercuti bukan nak merasa tidur hotel. so, kenalah bangun pagi2.
dan pagi itu kami dibawa ke kilang jade or Jade Center. jade kan, mahal lah weyh, so kita tengok je lah ye.
tapi mama sempat beli table cloth atau melayunya, alas meja. ye. memang ada jual kat situ.
lagipun kami tak lama kat sini sebab harganya terlalu mahal dan tak berminat nak beli.
so, we turn to Crystal Palace of Ming Tombs Beijing :)
kat sini, dia tunjuk dari mana asal kristal. dan ada satu kristal paling besar di beijing.
hantuk kat kepala, kompem kepala pecah. serius.



dan sebeum ke tembok besar china, kami ke snow world! yayy!
bunyi macam teruja kan. lagi-lagi bila kau dengar nama snow. mesti ada salji.eksaited. serius.
gua dah ringan badan je nak baring atas salji tu.
tapi rupanya bayaran kami tak termasuk utk bermain ski dan salji pun tak boleh nak rasa -.-
booo sikit kat muka aku! && utk main ski, 200yuan seorang. tapi unfair if antara kami je masuk.
so, at last, no one yang masuk -.- boo lagi kat muka aku!





next, heading tu Great Wall of China! masuk kampung sikit.
sama lah macam Malaysia. gunung-ganang tinggi2 belaka, mana ada kat bandar. semua ke kampung.
tapi agak teruja bila lihat binaan yang gah dan besar. dan aku pun agak teruja nak naik.
kalau boleh, memang ke puncak. ye, ke puncak. tinggi angan2 aku tu.
tapi bila turun bas, angin bertiup macam kau boleh tumbang bila-bila masa. kencang dan sejuk -.-








tapi atleast, aku berjaya tiba di menara 2. perh, kau jangan rasa macam "ek eleh, 2 je?"
boo kau sikit. ok lah tu! dah lah tinggi, sejuk plak tu. tangga tak macam tangga. pergi boo great wall tu.
dan ada satu tangga yang dipenuhi mangga atau pedlock yang berukiran love dan nama.



mengikut mitos,pedlock dengan nama anda & kekasih di situ dan kuncinya akan dibuang.
konon-konon tiada sesiapa dapat memisahkan lah tu.
kalau tiba-tiba clash, kenalah cari cara utk buka balik pedlock tu.
kalau aku buat, tiba2 putus macam mana? dah satu kerja kena pergi beijing lagi -.-
btw, tak payah percaya lah. jodoh kan di tangan tuhan :)

HARI KETIGA
hari ini kami dah ready berbaju lebih tebal sebab akan berjalan lebih jauh sedikit.
awalnya dibawa ke Tiananmen Square sebelum ke Forbidden city dengan berjalan kaki.
namapun square, memang empat segi lah dgn keluasan 440,000 meter persegi. di tengah2 beijing.


ambil masa almost 40minutes berjalan melihat pemandangan sekitar.
dan kemudian melaui laluan bawah tanah untuk melintas jalan dan sampai di pintu masuk Forbidden City.
dan if sesiapa tonton Karate Kid, ada satu scene di Forbidden city.
siapa yang sentuh pintu tu, akan bertuah. memang semua pintu aku pegang. haha :)





&& forbidden city ni istana kerajaan china yg mengambil 14 tahun utk siap.
dan umur forbidden city ni almost 600 tahun dan mostly bangunan dan tapak masih asli.
dengan keluasan 720,000 meter persegi, dalamnya ada 980 bangunan, 8707 bilik.
hebakkk tak hebakkk weyh. istana kita ada? memang tak lah. gila kau.

after lunch, kami ke silk factory. kali ni memang silk atau sutera.
gila babs punya sutera. cantik cantik. dan sebab cantik, mati kau lah harga camne. dapat beli! :)
dan kami juga ditunjuk macam mana ulat sutera dikeluarkan dari kepongpong & how silk made.
&& kami dibawa ke satu kedai jade berdepan olympic stadium. dan pemiliknya, orang Malaysia.
mai dari penang lagi. dia dah berjaya di beijing. kaya raya. sebab tu, kami dapat jade sorang satu :)
kalau aku gadai, mau dapat ratus tu :) ok. orang bagi, tak baik. cuma baik kalu terdesak :)

then, seterusnya melawat Bird Nest Olympic stadium 2008 and water cube.
bird nest stadium ni dinamakan sebab stadium ni berbentuk sarang burung. dalamnya ada 9000 seat!
bilalah Malaysia bakal ada ye. && water cube adalah kolam renang sukan olympic 2008 dulu :)





after balik hotel, aku & kakak,fad, mardhiah merayau di sekitar.
kat luar hotel memang ada jual steamboat :) ok. ala-ala steamboat kalau di malaysia.
kat sana, ada jual tapak sulaiman, obor-obor, baby shark, lipan, ular, kuda laut, lipas yg besar tu. eauewww.
itulah steamboat dyorang. sedap weyh. serius sedap mata memandang. macam nak muntah!



aku tak tau tempat tu nama apa. tapi kind of shopping complex utk lepak-lepak.
dan kalau kau berduit kencang, kau boleh shopping sekali tapi macam tak payah sgt sebab brands semua ada kat malaysia.







dan aku rasa malam tu, suhu kira-kira -2 hingga -4 c. rileklah. tahan lah. bukan bogel pun. pakai baju tebal.
bak kata kawan aku, "-2c je KOT!" ok. lagi sekali rasa nak tumbuk dia. bye -.-

HARI KEEMPAT
hari ni cuma hari untuk shopping! :) dan hari juga tak seawal biasa.
biasa kena get ready pukul 8.30. harini kena get ready 9.30pagi. macam tak beza sangat kan.
tapi bagi aku beza. sebab dapat tidur lebih sikit :)
dan harini kami dapat pemandu pelancong baru iaitu TONY WANG. tapi dia reti speaking.
berumur 21tahun. awww! haiiii :) && super duper baik rather than si Tommy. serius!
awal-awal dibawa ke silk street market of china. macam-macam ada.
macam biasa, mama borong dulu barang dia. dan kami tak berminat nak beli sangat sebab ada satu tempat shopping lagi satu.







dan masa tu, cuaca sangat suram iaitu mendung.
kalau di malaysia, tandanya nak hujan. kalau disini, tandanya? SALJI.
dan sangat-sangat berdoa untuk turunnya salji, tapi gagal.
dan masa tu fikir "kalau kat malaysia, berdoa taknak hujan. kalau kat sini,amboi. kemain" -.-



then kami ke Yashow clothing market. kat sini baru borong baju.
dapat belikan baju abe :) kalau nak shopping di China, make sure kena turun serendah yang boleh.
if, dyorang marah atau merayu, just stick dgn harga korang. & blah kalau still xnak bagi harga yg korang nak.
serius. sebab dia akan tarik dan setuju dengan harga korang.
daripapa around 300yuan, kau boleh turun 10yuan. tak gila?
tapi, if taknak beli, jangan menggatal bertanya harga atau kau akan ditarik utk beli jugak.
&& some of them, they are rude. serius.

HARI KELIMA
barang siap dipacking. gonna miss this hotel. sebab kau ada kondom dalam bilik. 15yuan weyh! haha
dan masa tu macam aku malas gila nak kembali ke malaysia sebab kat malaysia ada assignment lagi! -.-
bas kami kelewatan sedikit disebabkan ada sedikit perlanggaran.
eh, gua tak pelik. sebab driver tu pun gila. laju je bawak bas. suka hon orang.
bercakap tentang jalan raya di beijing, mereka pemandu yang gila. kau lintas masa dia nak lalu, kau kena hon.
not even once dia bagi kau jalan. kalau kau kat tengah jalan, kau mmg kena berhenti sebab nak bagi laluan pada kereta.
bayangkan satu jalan ada 4 lane. kiri kanan dah ada 8 lane. kalau simpang 4? bila agaknya kau dapat melintas? -.-
&& kau boleh u turn kat mana pun kau suka. sebab dyorang takde masa nak pi carik pusingan u-turn.
satu lagi, aku tak paham macam mana traffic light dia berfungsi sebab even merah pun, bas ni jalan selamba.
memang selamba bukan kejar punya lampu merah eh. memang tengah lampu merah, dia jalan.
macam kau jalan masa lampu tengah hijau -.-

ok. habis mengadu tentang jalan. pagi tu kami berkumpul dan dibawa ke bandar Tianjin sebelum ke airport.
bandar tianjin 2jam dari beijing. so masa tu, kami dah boleh byebye beijing dulu.
yelah, aku dah adapt sejuk kau, nak suruh balik plak.
sedih :(
Tianjin bandar kecil yang dikelilingi laut. so, kalau laut, apa maknanya? angin kan.
angin sejuk di cuaca sejuk. apa maksudnya? bertambah-tambah sejuk.
dibawa bersiar-siar tapi tak sanggup sebab terlalu sejuk.
aku cuma adapt sejuk beijing je. bukan sejuk Tianjin. note ok.



after lunch, kami ke airport dan berpisah dengan tony. bye bye tony.
dia baik serius baik. && kalau kau nak ke beijing, please carik dia. nama dia TONY WANG. ok :)


flight jam 4.30petang dan nak sembahyang tapi airportsitu takde surau dik oi.
but, the best part is, polis or kastam or siapa entah dia, suruh kami sembahyang di mana-mana ruang.
& siap tanya mana arah kami nak sujud sebab dia nak suggest tempat yang takde gangguan.
&& masa sembahyang, dia tolong coverkan kami dengan papan yang ada kat situ.
how other people can respect kan? kat sini, even azan pun kau terpekik melolong.

flight delay disebabkan kesesakan traffic udara.
kelakar aku dengar statement tu. tulah. tak buat traffic light. kan dah sesak.
dan almost jam 12tgh mlm, selamat sampai di Malaysia.
&& the best word yang macam kurang ajar is "tak sejuk pun".

seronok dapat melancong. pengalaman.
dan yang best apabila bersama keluarga. lain rasa bersama rakan dan bersama family.
moment. serius. dan aku tak rasa ralat kalau melancong dengan family lagi.
even ada yang sebaya aku dah pergi sendiri dengan kawan-kawan. konon independence.
teringin kadang-kadang. tapi satu hari nanti. siapa tahu kan.

dan if nak ke sana, please bawa makanan ringan sendiri sebab susah gila nak mamps utk dapatkan barang yg halal.
serius.

beijing, the best memory of 2011.
macam biasa, more photos on my facebook :)
bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: