end of year.



harini masih di tanggal 2011. esok bermula 2012.
orang kata 2012 menakutkan sebab kiamat akan terjadi tahun ini.
siapa kau untuk tentukan kiamat?

dan macam biasa, aku malas nak berazam sebab azam tahun lepas pun tak settle lagi.
so, pergi byebye dengan azam lepas, tapi malas nak ber hai hai dengan azam baru.
teruknya perangai aku -.-

tapi terima kasih 2011 sebab anda banyak sangat membantu mendewasakan diri ini. ceh.
lagi ramai orang aku kenal. lagi banyak perangai yang aku lihat.
lagi banyak kisah yang aku lalui. lagi banyak pengalaman yang aku kutip.
terima kasih.

dan wahai si 2012, aku tahu kau tahun cabaran untuk aku.
sebab bermulanya di bulan 3 ni, aku dah start untuk internship.
kat mana? aku sendiri masih tertanya-tanya.
tahun ni jugak, aku akan bergelar siswazah yang mula mencari kerja untuk hidup sendiri.
aku harap semua akan baik. amin.

aku harap aku masih punya keluarga, sang pria, kawan-kawan untuk mendukung.
tika aku bertatih, tersungkur, mahupun berjaya.
aku harap mereka ada. *kesat air mata

selamat datang 2012.
say bye bye to 2011. awak dah jadi memori saya :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: