Saturday, January 28, 2012

end of semester.




3 tahun diploma. sekarang hampir jejak 2 tahun untuk selesaikan degree.
sekarang cuti semester dan bermula 1 march aku dah mula berpraktikal selama 3 bulan 15 hari.
dah selesai 3 bulan itu, genap 5 tahun aku menjadi pelajar universiti.
kalau nak dicampur tolak bahagi. sejak umur 6 tahun dah mula belajar. sampai sekarang.
dan aku rasa perkataan bodoh tu tak sesuai untuk pelajar seperti kita-kita.
gila kau. hampir 18 tahun belajar, takkan bodoh lagi kot -.-

dan tepat 16 Januari 2012, jam 5.15 petang, tamat kertas terakhir Electronic Media Marketing,
aku dah boleh isytiharkan semester 5 sudah berakhir.
kalau nak ikutkan seronok, memang seronok.
cuma aku taknak berdepan dengan suasana kerja walaupun aku memang jenis malas belajar.
ohh, itu serius.

sedih pedih menangis bila rasa nak berpisah dengan kawan sekelas.
kawan-kawan yang kau kongsi ilmu bersama.
kongsi gelak tawa bersama. kongsi duit bila piza dominos bersama.
dan kongsi kegembiraan dan kesedihan bersama.
biarpun mungkin ada yang attack sana, attack sini, lumrah manusia.
yang pandai bermadah, akan meluahkan. yang tidak, pendamkan.
kritikan itu mengajar. mengajar cara untuk bangun.

.MC 23 S 5 C. 44 orang. eh, kurang dah seorang. dah jadi 43 orang.
kau boleh bayang satu lecturer kena control 44 orang dalam kelas.
aku rasa semua lecturer memang gembira kalau dapat ajar kelas kitorang.
because we know how to treat them :) jyeahhh! :)

dan sebagai peringatan terakhir, gambar akn jadi tatapan.





terima kasih kawan-kawan untuk 1 setengah tahun.
dah macam-macam aku belajar untuk bertatih dalam dunia sebenar.
kalau tak kerana 'kenen-kenen' korang, mungkin aku tak bersama abe yang gilo sokmo tu. hikhik.


nampak gadis berambut pendek, berbaju merah betul-betul di atas kepala aku?
kakak model. syikin namanya. dia bakal pengacara Remaja Ekstrem di TV9 :)

itu yang seronok. kau bukak surat khabar, muka kawan kau.
kau bukak majalah, muka kawan kau. kau bukak tv, itu juga kawan kau.
dan itu buat kau senyum dan seronok :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: