Wednesday, January 11, 2012

lemah



harini hari yang lemah bagi aku.
lemah tak diberi sesuap makanan biarpun aku berpuasa semalam.
hanya berbekal kek lapis hadiah dari Sarawak.

lemah mata tak dibekalkan tidur yang cukup semata habiskan notes Broadcast System subjek.
lemah juga badan bila hanya bercadarkan lantai sebagai alas untuk tidur.
lemah juga minda bila disogok ilmu yang terlalu banyak dalam jangka masa yang singkat.

lemah seluruh anggota tangan bila menulis esei dalam exam.
lemah lagi bila melihat apa yang ditulis sedangkan semua nota ada dalam minda.
lemah seluruh badan minta direhatkan.
lemah minda ini minta dikosongkan.



.shut down.


tapi aku kuat juga nak hadapi lemah aku untuk lihat senyum kau.
tapi aku juga kuat lawan lemah aku untuk tahan apa yang engkau taburkan pada aku.
dan aku juga lawan lemah aku untuk cipta senyuman aku sendiri.

tapi aku tak kuat sebab dalam kuat, ada lemahnya.
dan aku benci menangis kerana menangis itu lemah.
lemah setelah berdiri sekuat kuatnya.
dan aku sekarang dalam keadaan lemah.
sangat lemah.
sangat sangat lemah.

dan benar orang kata, kalau gembira sangat, kita akan menangis.
dan atau mungkin gembira tak suka untuk kejar kita selalu.


p/s: selamat ulangbulan ke 15.
untuk masa sekarang, detik ini, aku masih benci kau.

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: