Alhamdullillah :)



mungkin agak lama aku tak menulis.
cuma harini, aku cuma nak ucap Alhamdulillah.
berkat usaha doa, keputusan yang keluar agak memberangsangkan.

sejak semalam, ramai dah mula countdown.
result peperiksaan akan keluar. ada yang kata 3pagi 22 Februari 2012.
ada yang kata, tepat 12tgh malam 22 Februari.
aku malas nak tau bila waktunya. yang penting, bila aku cuba buka email, ia ada.

btw, student portal uitm dah baru. hebat sekarang uolsss.
ada email persendirian and every student dapat YES registration free.
semua result and update akan dihantar ke email ini :)
dah takde dengar lagi students marah-marah result tak boleh view sebab connection busy.
sebab semua ada private email sendiri :)




dan ia memang ada bila aku buka email tepat jam 1.13pagi.
kira bukan nak cakap apa, tapi aku menangis gembira.
subjek yang disangka A, tak dapat A. subjek yang cuak cuak nervous, itulah yang A.
unpredictable kan.
yang penting, itu tuhan dah beri, terima apa saja. bersyukurlah :)




berkat tak tidur malam buat assignments.
berkat berlakon ala-ala teater seorang diri di hadapan kelas untuk Final presentation.
berkat doa mama papa.
berkoat doa.
Alhamdulillah.

insyaallah untuk Internship, akan buat sehabis baik.
untuk dapatkan selempang pink. itu aku dah aim sejak awal masuk Degree.
Insyaallah.
dan lagi beberapa hari untuk memulakan hari berkerja :)

p/s : Alhamdullilah. dah sampai Bab yang ke11 menuju Bab 12 :)
harap semua dipermudahkan. amin :)

bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: