awak boleh tolong saya?



manusia, memang buat silap.
tak pernah lari dari kesalahan dan dosa.
kadang susah nak berdepan dengan orang bila kita dah buat salah.
takut dengan hentaman, makian, dan kata-kata yang tak patut kita terima.
walaupun kita dah sedar, walaupun kita dah mengaku.
susah untuk orang terima walaupun kesalahan tu cuma sekelumit rasa.

oh, betul orang kata. perasaan jangan dibawa main.

itulah kesalahan paling besar yang susah dimaafkan.
kalau ada akta mensabitkan tentang kesalahan melibatkan perasaan,
agak-agak, ramai tak terkandas dalam tirai besi tu?

ini cuma random speak dan bukan dituju pada sesiapa.

cuma agak terdetik secara tiba-tiba.
semua orang lakukan kesilapan. siapa kita nak menghukum?
siapa kita untuk sisihkan perasaan si pesalah.
kita sendiri pernah duduk sebagai watak seorang yang melakukan kesilapan.
apa yang kita tagih, cuma kemaafan.

ya. kemaafan. perkataan yang sukar kita dengar.

lagi-lagi dari mulut si ego. tak jatuh maruah kau walau setitik pun sebab kau cakap 'maaf'.
meminta maaf dan memaafkan. walaupun dua perlakuan berbeza, tapi ia sama.

dan jangan perkatakan tentang ego orang lain, kalau ego sendiri tak dicabar.

dan sampai bila kita nak bawa rasa marah tu?
sampai mati? kalau itu yang kau fikir, this is not good brooo. serius.

ohh, tahu tak "Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya"

bukan aku yang cakap. tapi Imam Shafie yang tegaskan. ada bantahan?
dan salah satu cara untuk redakan kemarahan, adalah Diam :)

p/s : kadang-kadang saya memang mengarut. walaupun saya tak tau apa yang saya mengarutkan.
kalau awak tau, boleh awak tolong saya? :)





video clip ni bukan sebab aku tengok Gemersik Kalbu.
cuma macam kena mengena dengan apa yang aku tulis.

Bisakah yang terpadam dinyala
Bisakah yang terhina dicinta
Walau ku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

Bisakah yang benci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Walauku himpunkan sesalku
Bisakah terbuka kalbu

nak lirik penuh? pergi google sendiri.

bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: