Friday, February 24, 2012

malu bertanya, sesat jalan.



memang selalu kita dengar perumpamaan ini.
malu bertanya, sesat jalan.
kalau malu jugak, minta lah orang lain tolong tanyakan. susah juga?

sampai bila nak mengharap orang?
dan sampai bila nak hanya menanti orang lain bercerita.
nak disuap selalu. tak nak cuba suap sendiri?

ada kala orang lupa nak beritahu. tak terfikir, mahupun tak teringat.
jadi, tak salah untuk kita timbulkan apa-apa persoalan.
tapi, persoalan itu mestilah minta penyelesaian. bukan persoalan dibalas persoalan. kan?

sama seperti seseorang yang kesedihan, memendam rasa.
nak diluahkan, rasa takut. nak diceritakan, rasa tak selesa.
jadi, kita lah yang harus bertanya.
tanya sahaja. tak salah. terpulang pada mereka nak cerita atau tidak.
kalau tak tanya, tak tahu. macam mana nak membantu. ye tak?

begitu juga kalau kita nak tahu sesuatu cerita.
amboi, kemain mukadimah nya. panjang melebar sebelum bertanya.
sama lah juga dengan yang lain kan.

dan mungkin ada juga soalan yang mungkin menyakiti.
sebab tu ramai yang sukar nak bertanya. takut katanya.
susun atur ayat secantik boleh. jangan main redah je.
kalau salah pertanyaan tu, minta lah maaf.
jangan tunding jari pada orang lain plak.

jangan jadi bodoh sombong.
kalau tak tahu, bertanya. kalau ingin tahu, sila juga bertanya.
serius itu bukan satu kesalahan.
malu bertanya sesat jalan.
bukan sesat kemana, tapi fikiran dan hati sendiri yang tak menentu nanti. kan :)

p/s : kalau rasa ingin tahu awak kuat, tanyalah. tak salah. takde kira ikhlas atau tidak.
kalau malu sangat, di bawah sekali ada link ke formspring. tanya lah apa saja yang awak nak tentang saya.
tak perlu takut :)

bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: