kita kan punya cerita sendiri



harini dah masuk hari kedua.

hari kedua bergelar pelajar semester 6 yang berpraktikal.
dan aku sedang duduk di atas kerusi empuk biru milik Medik TV channel Subang Jaya.
membelakangi aku, cik Yusmirnadia yang sering jadi teman ketika ini.
siapa sangka sejak di semester 1 diploma tahun 2007, dan kini masuk semester 6 ijazah tahun 2012, aku masih bersama dia.
mungkin tuhan hantar dia untuk jaga aku.
dan aku bersyukur untuk itu :)

dengan hanya berbekal waktu 20 minit dari rumah tanpa sebarang kesesakan lalu lintas pagi dan petang,
itu dah cukup seronok untuk aku gambarkan. walaupun dibekalkan kereta manual, since baby K gua buat hal, itu pun tak pernah jadi masalah.
walaupun tidur di dalam bilik sempit, meskipun kami berdua, ia tak pernah jadi masalah.
sebab, itu sudah cukup lengkap untuk aku ucap Alhamdulillah :)

keadaan di Medik TV?
hari pertama, mungkin nervous. tapi apa yang aku lalui walaupun cuma 2 hari,
aku boleh gambarkan ini praktikal yang sangat seronok.
persekitaran yang sejuk, abang2, kakak2 yang awesome dan rileks.
mungkin ini pilihan tepat.
kerja produksi, bukan senang. shot kena baik, angle kena mantap.
takat kena maki, marah biasalah tu.
mana ada benda mudah kan.

walaupun tak seseronok macam rakan-rakan sekelas yang dapat bertembung dengan artis selalu, itu bukan jadi masalah.
apa yang aku seronok, itu yang aku buat. kenapa kena ikut orang kan.
kita kan punya cerita sendiri.
kalau semua sama, tak bessst brooo.
macam kita tengok cerita yang berulang kali ditayangkan. kan bosan. boooo.

aku mungkin ada task yang susah.
jadi, goodbye for now :)
dan sekarang kantoi dengan producer sebab aku tulis blog.
ok. jaga-jaga dengan dia. dia suka stalk facebook. haha ;D
itu salah satu pesanan yang aku dapat di hari pertama aku disini.

bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: