kisah manusia yang berpura



dah beberapa hari aku saja bercakap secara random.
maksudnya tak dituju pada sesiapa. cuma menulis apa yang aku fikir.
kadang-kadang bila dah tak tahu nak buat apa, otak akan sentiasa bergerak.

dan kalau lihat dari laman sosial, apa lagi yang famous, kalau bukan Facebook tu,
banyak sekarang ni, yang post berkaitan islamik. memang banyak.
saban hari ada je. kadang-kala share benda yang sama.
ada juga berstatuskan tentang-tentang perkara Islam.
ada kisah pasal kahwin, kiamat, macam-macam lah.
copy paste Ustaz Azhar punya pun ada.

cuma apa yang ralatnya, apa yang di post, tak bersesuaian dengan peng-post.
dan kadang-kadang, bila secara positifnya, aku akan lihat, benda tu satu perkara yang bagus.
nak hebahkan perkara yang baik. kan ada pahalanya.
atau cuma sekadar ingin mendapatkan LIKE. itu bila aku fikir secara negatif.
bukan nak bersangka buruk. kalau perubahan yang ditunjuk, mungkin Alhamdulillah.
tapi, harini post tentang agama, esok lusa post perkara yang bertentangan.
jadi, apa sebenarnya? jadi, aku rasa biar lah aku lebih bersangka baik. kan? :)

lagi satu, aku pun tak faham cara manusia sebenarnya.
bukan aku nak cakap aku ni baik, tapi sekadar aku melihat ragam manusia.
kadang-kadang mereka cuba berlawan untuk jadi lebih baik. lebih ke depan. lebih up.
sedangkan sebenarnya, mereka berdiri di tempat yang sama.
manusia ni kan pelik.
kita jelek lihat orang yang suka show off. tapi kita sendiri show off.
kita muak tengok orang mengada, meleset sana sini. tapi kita pun menggedik tak tentu hala.
kita menyampah tengok orang kuat mengkritik orang lain. tapi kita juga mengkritik.

aku bukan sesiapa kalau nak cakap benda semua ni.
sebab aku pun sama dengan. sebab aku manusia. tak lari dari semua ni.
cuma kenapa kena berpura untuk dapatkan perhatian, pujian?
kenapa kena jadi mewah dengan berpura? tak boleh jadi diri sendiri?

tepuk dada tanya selera :)
ok lapar.

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: