Sunday, February 12, 2012

cerita pendek di Melaka

melaka bukan tempat asing bagi aku.
3 tahun aku menetap secara rasmi untuk dapatkan segulung diploma.
kalau nak diikutkan tak rasminya, ayah aku anak jati Melaka.
kelahiran Kandang. bukan kandang lembu, kambing. tapi Kandang, Melaka.

ohh, bercerita tentang nama tempat Kandang, aku pernah gelakkan kawan aku ketika sek rendah.
sebab dia dilahirkan di Kandang, Melaka.
tapi bila it comes with word Kandang, it becomes funny. sebab tu kami gelakkan dia.
sebab kitorang fikir, dia lahir memang betul di kandang. err, kandang lembu. even sebenarnya, TAK.
dan satu lagi sebab aku gelakkan dia, sebab aku tak tahu papa pun dilahirkan di Kandang, Melaka.
kalau aku tahu, takkan aku nak gelakkan dia kan. mestilah aku backup dia.
ok. habis cerita sekolah rendah :)

soal nak ke Melaka, tak dihalang langsung mama papa.
dan mungkin mereka faham, aku mati kutu di rumah. JB nothing. yaa yaa.
dan satu lagi hal, saja mengorak langkah after 3 minggu tak jumpa muka abe.

3 jam dalam bas. dah tak seronok macam dulu.
lama aku tinggalkan dunia bas, sejak dibekalkan kereta dari akhir diploma.
jadi, untuk perjalanan 3 jam, satu benda yang seksa.
dan masa tu, aku lebih suka fikirkan kapal terbang, kalau teringin ke Kelantan. ohh demmm.

bila tiba malam, baru aku dapat lihat muka dia. muka yang aku dah tinggalkan di shah alam 3 minggu lalu.
tiada hala tujuan. cuma nikmati makan malam dengan black pepper chicken chop dan tamago ramen di Amigo.
restoran yang ringkas, murah dan tiada tax :)

perjalanan terbantut bila mata aku dibutakan.
maaf. tak nampak pun longkang tu. jadi, tayar meletup.
dan memang seorang aku, yang cepat panik. dan bila panik, aku cepat marah.
dan itunya seorang wan mohd shafiq yang memang pandai nak naikkan darah aku.
dan kami memang berbeza watak. dia cuba untuk cool dalam semua masalah.
dan aku cepat marah bila nampak dia terlalu cool dengan semua masalah.

dan terima kasih pada adik aku,Fad, dan rakan-rakan Art&Design Part 4 Uitm Lendu, Melaka.
mereka wonderpets aku malam tu.
betul kata abe. "
cubalah jadikan masalah macam ni sebagai memori. baru best"
kadang-kadang ada betul katanya. kadang-kadang.
kalau tayar tak pancit, mungkin aku tak tahu macam mana nak keluarkan tayar spare -.-

esok, gagal nak jamu coconut shake. akibat terlalu petang.
dengan menyarung baju yang dibeli si gila ni dari Langkawi. dan mulanya aku agak janggal nak pakai.
sebab aku dah sediakan pakaian sendiri untuk photoshoot ni.
dan akibat aku malas nak buat dia menangis, aku turutkan sahaja. kenakan saja dengan seluar, dan tudung, yang pada mulanya aku rasa tak kena. tapi rupanya, ia agak kena :)
dan sekadar berjalan menghabiskan masa.photoshoot. sambil melihat ragam pelancong.
berpusing sekitar Jonker walk, Dataran Pahlawan.
isikan perut dengan Asam Pedas Claypot. tempat wajib kalau tiba di Melaka.

dan hari ketiga cuma sempat bersarapan di Sungai Petai.
sarapannya famous, walaupun biasa je. ada yang kata, ada belaannya.
tapi, mulut manusia kan. lebih sikit, bela lah. entah lah.

dan aku tinggalkan Melaka, dengan sedikit senyuman.
mungkin selepas 3 minggu dari sekarang, kita akan bertemu lagi.
dan mungkin Penang? :) dengan kereta api.

terima kasih FS Photography untuk semua karya ini.
mungkin dia cuma amatur yang baru melangkah. tapi tak salah membantu.
harga pun murah. eh, terpromote. tapi serius murah :)









more photos, FS Photography :)

p/s : selamat ke 16 wan mohd shafiq :)
terima kasih sponsor baju photoshoot dan satu beg penuh dengan coklat Daim :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: