karya sebelum tidur

harini lambat aku tutup mata.
dan sekarang tepat 5.10 pagi, Ahad, 12 Februari 2012.
dan cuma tinggal beberapa minggu sebelum aku mulakan hidup sebagai seorang pelajar kembali.
pelajar yang berkerja.

ohh, aku akan mulakan internship/praktikal di MedikChannel TV di Subang.
dan aku keseorangan. kena merasai kehidupan pekerjaan sebenar. suasana baru, kawan baru.
dan aku harap semuanya baik-baik belaka. amin.
dan buat masa ini, aku masih mencari tempat untuk menyewa. anyone? -.-

dan harini, dengan tenangnya, aku dapat habiskan lagi satu bab.
rupanya 1 Bab boleh dihabiskan dalam satu hari.
ruginya aku sebab baru tahu. dan aku tengah melangkah menuju Bab ke4.
walaupun agak merangkak, tapi aku rasa itu lebih tenang.
sebab agak lama aku tinggalkan Buku Cerita itu.
harap aku dapat habiskan. itu satu lagi wish aku. amin

masa untuk tidur :)

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: