berakhir dengan permulaan baru.


seminggu. hampir seminggu lebih sikit aku dah tinggalkan dunia praktikal.
dan itu merupakan 4 bulan terakhir sebelum aku tamat bergelar pelajar ijazah.
4 bulan yang cukup banyak bagi aku pelajaran.
bukan saja pelajaran tentang dunia pekerjaan, malah tentang apa itu kehidupan.

dan yang pasti, aku tak pernah ralat untuk berbaris sebagai salah seorang anak didik kelahiran Medik TV. 
biarpun tak se gah media prima, astro, atau mana-mana stesyen tv sedia ada, aku gembira berada di sini.
biarpun aku selalu berdepan dengan soalan "medik tv yang tv3 tu ke?" "medik tv tu apa?"
takpelah cik akak, cik abang, mohon sakit supaya dapat berkunjung ke hospital berdekatan.
haaa, masa tu baru kau tau apa itu MedikTV ye :)

tapi di mana je kau berada, kat mana pun kau dicampakkan, kalau kau nak belajar, pasti boleh.
itu apa yang mama pesan kat aku masa mula-mula masuk uitm melaka sebagai pelajar diploma.
almaklumlah, pes time masuk asrama. dapat pula asrama cincai macam rumah hantu.
memang mencurahlah air mata. menggunakan kuasa seorang anak manja, aku minta papa tukarkan aku ke blok asrama lain.
tapi kuasa mama lagi kuat. "takpayah pindah, kalau nak belajar, semua tempat boleh je"
dan itulah yang aku pakai sampai harini. hidup ni kena bijak berdiri sendiri. baru boleh hidup. 

terima kasih pada barisan abang-abang dan kakak yang sedia berkhidmat untuk kami.
Azmir, Fakhrul, Faidzyul, Azwar, Shimi, Farit, dan satu-satunya kak long, Zaty :)
garangnya si Azmir ni pun sebenarnya baik budak ni. hahaha
kalau nak bandingkan garang Azmir dan garangnya producer di luar sana, Azmir antara yang paling tak garang. walaupun dia agak pushy dalam segala hal, atleast, we learn from that.
dan sebenarnya pertama kali jumpa mereka ni, taktau nak panggil encik ke abang ke.
dan itulah aku, aku agak ralat nak memanggil orang yang lebih berusia daripada aku dengan hanya nama. walaupun mereka kata "janganlah panggil abang/kakak, macam tua sangat" tapi aku still ralat.
tapi dah lama-lama, memanggil nama lebih sedap, lebih mesra katanya. haha.

dan sikap keabang-abangan Faidzyul, aku teringatkan bff kesayangan, Fadhzli. sama dengan!
yang bezanya Fadzhli takut buli aku, Faidzyul tak kisah pun nak buli aku.
erti kata buli kat sini bukan suruh tiup kipas sampai berpusing, tapi buli dengan kata-kata.
kata-kata perli dan menyakat :)
dan manusia bernama Fakhrul Syakirin, dia dah buat aku terkeluar gelak mak jemah aku ni.
sampai bergolek jatuh aku ke lantai. cis. hilang kesopanan aku -.-

dan ada jenis yang sukar berbual mulanya.
macam Shimi, Farit, Azwar, Zaty. sebab dyorang geng budak grafik.
budak AD kan gaduh dengan budak Masscomm. hahahaha.
tapi mereka ni nampak je pemalu, tapi sebenarnya alaaahaaai, sama dengan galaknya. 
tapi, makin hampir dengan tarikh akhir, makin kami rapat.
dan masa tu, makin rindu untuk lepaskan moment internship kali ni. 

terima kasih banyak-banyak untuk experience yang sudah dikongsi.
maafkan kalau ada kesilapan dari segi tutur bahasa, perlakuan.
dan mungkin mereka tak membaca warkah ni, sebab aku pun malu nak bagi dyorang baca. haha
tapi, blog aku kan, suka hati aku lah nak tulis apa. haha

dan tau tak, Farit ada gitar. haha. cek ni lomah sikit orang pandai main gitar ni. haha
bunyi dari gitar itu tenang tahu tak? tak tahu kan. sebab aku je yang rasa macam tu kot.

last thing, nasib baik hidung bertanda dah hilang, so hantaran naik balik. haha.
thank Azmir, Faidzyul, Shimi, Farit, saya kini pemain badminton profesional -.-

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: