tuhan dah sediakan cerita kita.


sekarang aku tengah lepak dengan lagu korea rancak berkumandang. 
kalau ikut kuasa diktator aku, memang aku letak sound laptop ke mute. 
tapi aku biarkan je, mungkin lagu-lagu ni je buat adik aku gigih study. phewww.

dan ketika aku lepak, kesejukan, kekenyangan sekarang ni, 
mungkin ada orang lain sedang kepanasan, kelaparan.
mana kita tahu, mana kita sedar. cerita kita kan berbeza. tak sama.
dan sebab kita tak sedar tentang apa yang orang lain rasa, hilangnya rasa bersyukur.

lepak menunggu bas di Batu Pahat, ada mamat cina berpakaian lengkap, segak.
mengorek tong sampah, hanya untuk mencari rokok.
dan masa tu, bukan untuk fikir apa, cuma kalau sebatang rokok, orang sanggup mengorek tong sampah, 
apatah lagi kalau kelaparan. orang tetap akan sanggup bongkar tong sampah tu kan. 
terinsaf sekejap. 

dan saat kita makan, lepak mesti akan ada yang datang minta sedekah. 
dan ramai juga yang menolak dan katanya "itu agen tu, ada orang hantar dia" kan?
dan selalunya kalau ada yang menghampiri, aku akan berpaling muka. 
dan abe selalu marah aku. dia kata tak perlu lah tunjuk jijik sangat.
tapi sebenarnya aku tak boleh nak tengok. sifat kasihan aku tinggi T.T
kalau aku tengok, akan ada je duit yang keluar menghulur.
dan itu yang berlaku kalau aku sorang diri, tiba-tiba dihampiri peminta sedekah,mahupun derma.

kadang-kadang terfikir, mana keluarga mereka? kalau mereka dari agen, agen tu bagi dyorang makan tak? agen tu pukul dyorang tak macam dalam drama selalu tunjuk.
dan masa kita membazir beli barangan mahal yang tak masuk dek akal tu,
masih ada yang sedang meminta RM1 untuk kehidupan mereka.

dan ketika kita sedang gelak ketawa, gembira, ada yang sedang menangis, meratapi.
dan kita takkan ingat apa itu sedih saat kita gelak. sebab manusia memang sukakan keseronokan.
dan ketika menerima orang baru yang disayang, ada yang kehilangan orang yang mereka sayang.
cerita tuhan dah tulis. sangat berbeza. antara kuat atau pun tidak untuk terima.

banyak aku dengar kesilapan berlaku atas sebab masalah keluarga.
dan aku anggap itu satu alasan bodoh yang dipakai untuk selamatkan diri.
aku punya teman, family broken, tapi dia berjaya. berdiri sebaris dengan aku.
dan aku punya teman, yang aku anggap hidupnya penuh dugaan. 
tapi aku boleh anggap dia berjaya sekarang.

tuhan dah tulis cerita untuk kita.
tapi tuhan ada kata Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. 
takdir kita boleh ubah. atas kemahuan dan usaha diri sendiri.
tuhan akan bantu umatnya yang ingin berubah. insyaAllah :)

sebab aku pernah rasa perubahan itu. tuhan tolong aku.
tuhan selamatkan aku. Alhamdulillah.

bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

1 comment:

Nurul Syazana Noorhijas said...

Aku suka entry nih ! Seronok ! :D Nice ! :)