Tak salah pun kan :)

asyik borak cerita hidup macam perjalanan hidup aku ni membosankan dan menyedihkan.
di luaran, aku cuma gadis biasa. macam orang lain.
tahu juga cara nak gelak, tahu juga cara nak gembira.
hidup kalau nak sedih sentiasa, kau boleh pergi duduk dalam bilik sorang-sorang meratapi nasib.

aku punya rakan-rakan sekeliling yang bisa buat aku ketawa.
yang bisa buat aku rasa hidup aku mana ada masalah sebenarnya.
memang betul orang kata, kalau nak hilangkan masalah, cuba mem'busy'kan diri.
bukan pergi tenangkan fikiran sorang-sorang.
lagi mati akal kau kena berfikir.
sekali sekala kenalah minta bantuan. bantuan dari segi nasihat dan pandangan.
mungkin kadang-kadang pandangan itu tak membantu, tapi atleast just put into consideration.
mana tahu boleh membantu. kan? :)

dan sebenarnya aku tengah annoying dengar suara Budak Kotak.
walaupun suara itu datangnya dari aku.
maksudnya suara aku annoying? serius aku tak kisah.
asalkan kotak suara aku masih berfungsi untuk bercakap.
bersyukur boleh?

Eh,tau tak tayar aku pancit haritu.
Paku puaka mana ntah tikam gua punya tayar. Sheet betul.
Then azmir suruh belajar tukar sendiri.
Tak kelakar kan.
Dulu tayar meletup pun aku calling2 sampai 2 buah kereta wonderpets rescue aku walaupun sebenarnya ada lelaki di sisi aku masa tu. Phuii
Ok lupakan wonderpets.
Sekarang aku yang jadi wonderpet.
Dari keluarkan tayar spare sampai masukkan balik tayar tu, aku yang kena buat.
Agak gampang jugaklah.
Walaupun orang kata gampang tu mudah, tak mudah weyh.
Tulang empat kerat aku diasak macam tu.
Takpelah, atleast tu satu percubaan.
Sampai satu masa, memang aku yang kena buat semua.
Sampai bila nak bergantung pada orang.
Bukan semua orang ada time kau susah. Ye dak?

Bercakap pasal bergantung,
Aku rasa aku ni terlalu kecik walaupun umur aku dengan officemate aku taklah jauh sangat jarak. Setahun, 2 tahun je.
Tapi bila mereka start cerita pasal kereta, roadtax, service, gua blurrr dah.
Nampak sangat segala benda alah tu disediakan Mr. Perfect gua, encik samsudin.
Sampai bila en. Samsudin nak buatkan semua untuk anak-anak dia?
Aku ni bergantung sangat. Bukan taknak cuba, dah terbiasa.
Kalau kata nak buat sendiri pun, atlast papa jugak nak buatkan -.-'
I love you papa.

Takpelah.
Satu masa aku memang kena buat.
Dari sekarang kena belajar.
Tapi siapa nak ajar?
Tengok dan belajar sendiri lah.
Sebab kadang2 ada benda yang memang kita belajar sendiri secara tak langsung.
Tak salah pun kan? :)

Bye :)



Nampak tak gua macho? Haha

Written from iphone

No comments: