Wednesday, November 21, 2012

Pernah tak?


Pernah tak rasa rindu untuk ada seseorang rindu pada kita?
pernah tak rasa rindu untuk ada seseorang sayang pada kita?
pernah tak rasa rindu untuk ada seseorang bergelak tawa untuk kita?
pernah tak rasa rindu untuk ada seseorang boleh jadi segalanya untuk kita?

TIPU.
kalau kata tak pernah.

ini adalah konsep menghargai.
apa sahaja yang berlaku sama ada sekejap atau lambat.
sebab kita takkan pernah tahu mana pengakhirannya.

manusia.
kan memang perangai manusia, rindu bila sudah tiada.
teringat bila tiada depan mata.
bila ada? 
Mana penghargaannya?

Aku pernah khilaf.
aku biarkan orang yang sayang aku.
aku kejar apa yang buat aku seronok.
aku pedulikan perasaan yang ada.
apa nak fikir perasaan orang kan? sebab aku taktahu rasa sakit.

tak tahu apa rasanya ditinggalkan.
sebab aku tahu, kau hilang, masih ada yang datang.

bodoh kan?

tapi karma. karma mengejar.
sekarang aku tahu apa itu sakitnya bila tidak dipedulikan.
aku tahu sakitnya untuk menahan perkara yang datang.
aku tahu sakitnya bila rasa ditinggalkan.
aku tahu sakitnya bila apa yang kita inginkan, diperlekehkan.


sakit.
dan untuk tahan itu..

sangat sakit.

apa yang ada depan mata, hargailah.
bukan sahaja pada manusia, malah apa sahaja.
dan bukan mudah untuk dapatkan peluang kedua.

kalau ada yang minta satu peluang, kenapa perlu berikan peluang yang kedua?
kan?
selagi ada peluang, kita guna. sebaik mungkin.
dan mungkin peluang itu takdir kita :)

bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: