cepat betul jadi lupa


cepat betul jadi lupa.

sekarang aku lupa cara nak menangis.
sakitnya hati memang mendalam, tapi macam mana nak menangis?
atau air mata sudah kering?
atau memang taknak menangis pun.

kuatnya hati.
kalau menangis, tak sempat mata merah, dah berhenti.
dua tiga titik, berhenti.

lupa lagi cara nak menangis.

dah kering sangat air mata ni.

sebab dulu dah selalu menangis mungkin.
bila dah selalu senyum, gelak sekarang, air mata lupa nak restock.

jadi, bila saat nak guna air mata tu,
terkebil-kebil keluar saki baki dalam tangki.

mungkin.

baguslah. tak nampak cengeng sangat.
orang pun tak menyampah nak melayan. tak gitu? :)

dan cepat betul jadi lupa.
sebab tu aku suka mengingatkan.
dan diingatkan.
tentang apa?

tentang satu ayat yang kadang-kadang kita lupa nak ungkap bila terlalu selesa dengan keadaan. 
tak best juga kalau cuma kita seorang yang ingat.

cepat betul jadi lupa kan.

laa, dah janji nak cerita pasal vacation dan convocation.
hold lagi. sebab mood lari.
lari pergi kejar mood orang yang lari jugak.

mana entah pergi?
cari lah balik. 

bye :)
fds
written by fadhillasamsudin

1 comment:

Wak Gelas™ said...

tullaa, melayu memey mudah lupe.. ehHHHee, salamm wak ziarah jee