Tuesday, January 1, 2013

kahwin? sediakah?


Sekarang ni musim orang kahwin, tunang,mengandung and etc.
Sampai korang sendiri rasa nak kahwin.
Tengok gambar-gambar outdoor shooting yang cantik, pelamin cantik, baju cantik.
Lagipun sekarang ada video and opkos, post fb lah. Takkan nak buat pekasam kat rumah kan.

Yes, semua benda tu kadang-kadang jadi reason kenapa kita nak kahwin.
Cuba fikir balik, ready atau tak untuk lalu semua perkara SELEPAS kahwin.
Which is about persefahaman dan everything yang buat perkahwinan korang akan indah seindah macam hari pernikahan korang.
aku sendiri admit, bila tengok gambar orang kahwin, pakai baju cantik-cantik, buat kita sendiri membuak-buak fikir, jom lah kahwin boyfriend oi!
tanpa kita sedar, boyfriend kita stress sebenarnya dengan ajakan tu.
sorry boyprend! haha

Ewah. Cakap macam dah kahwin kan.
Ehem.

It just random talk. Apa yang aku rasa.
Sebelum kahwin, as perempuan kau kena tahu apa tugas kau sebagai isteri.
Same goes to lelaki.
Ada lah terbaca one of my friend. Sebaya.
Baru kahwin around 1month.
Tweet about how bad her husband.
Well hello. Awak tahu tak itu mengaibkan suami. And itu berdosa.
Siap buat perbandingan sebelum kahwin and selepas. 
yes, same goes to relationship.
awal-awal memang semua indah. 
buat itu, buat ini, segalanya hanya untukmu sayang. ewah.
tapi, lepas dah lama-lama, biasalah tu. apa pun tak ingat.
so, dont expect much lah :)

Aku consider itu agak hmmm. Macam mana nak cakap ek.
Rasanya korang pun boleh fikir.
Mungkin pasal boyprend girlprend nak update bla bla bla pun, suka hatilah.
uolls gaduh ke, loving loving muah muah ke, terpulanglah.
walaupun ada orang menyampah, siapa suruh follow kan? tak gitu? 
tapi kena tahu jugak lah apa yang patut atau tak :)
Tapi kalau bab ibu bapa, suami, isteri, aku rasa silap besar utk mengaibkan.
Tak elok rasanya buka cerita dalam kelambu.

And masa tu terfikir how bad social networking sekarang.
And tanya diri sendiri, mampu tak untuk kawal semua benda tu?
Ready utk berhadapan dengan semua tu?
Bak kata kawan aku "hidup lepas kahwin lagi mencabar"
how to manage your life, savings, family planning. 
semua tu kena ada. serius bukan sebab suka suka.
kawan kau kahwin, engkau pun nak. please, think about it first.

yes, orang kata rezeki murah lepas kahwin.
tapi, tak sepatutnya hanya bergantung dengan perumpamaan tu sahaja.
sebab rezeki tak datang bergolek.
kahwin, family tanggung. are u serius after kahwin, family still tanggung?
naaa. and aku tak kata kau takda kerja tetap, tak boleh kahwin.
tapi still, at least ada backup plan if anything happen.
hei, kau tanggung anak orang tau!
kalau takat boxer pun mak pilihkan corak lagi, u better think masak-masak. okeh!

Kalau tanya aku, im half ready.
Sementara menunggu waktu ni, aku cuba ubah apa yang tak elok.
Nanti takkan nak berkasar dengan suami.
Tak berdosa aku? haha.
especially, masak. hei, im work on it now ok ;)

As lelaki, awak dah bersedia nak jaga si gadis?
Siap untuk bimbing dia?
Sebab itulah tugas awak nanti :)

Eh, satu lagi nak cerita.

Apa perasaan bila kita tengok ex kita kahwin dengan orang lain?
Oh, ini random. Sebab tengok Apek kahwin dengan Leuniey sedangkan dulu dia bercinta dan bertunang dengan elia.
Apa perasaan elia?
Macam teka teki sinetron. Hahaha

Ada jugak friend of mine, bercinta almost 6-7 years, tiba-tiba putus.
Dan now dia dah pun bertunang dengan orang lain.
See. Jodoh. Belum tentu yang depan mata.
Peganglah kuat mana, tapi kalau yang tertulis tu bukan untuk kau, tetap tak jadi apa.
Sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Dan, hmmm malu nak cakap. Hikhik
Tapi biarlah yang kali ini jadi yang terakhir :)
InShaAllah. Amin :) 

bye :)
 
fds
written by fadhillasamsudin

1 comment:

Anonymous said...

nice one. amin :)