Wednesday, January 9, 2013

universal studio singapore :)

eh hai :)
rasanya dalam blog ni kalau korang search under label Vacation, mesti jumpa another Universal Studio Singapore punya trip.
tapi kali ni, my second time untuk bawa theFadhilla's to have fun in here.
since aku pun ada pengalaman datang sini, so, tahulah mana nak pergi kan :)

sebenarnya dah lama bercadang nak pergi tapi bila aku dah start kerja, bumi JB tu pun aku tak jejak.
so, bila dapat foce leave untuk krismas, then here we go USS! :)

dan kali ni aku ambik pakej dari student UTM.
search punya search, keluar UTM to Singapore.
so, tengok-tengok ada tiket dari Sri Putri which sangat dekat dari rumah.
RM193 termasuk pergi balik and tiket USS.
ok. tips untuk yang nak pergi ke USS, its better untuk korang ambil pakej yang siap pergi balik.
serius macam aku memang tak tahu jalan singapore.
lagipun kalau naik kereta, kau kena fikir tiket parking and bla..bla..bla. susah.
so, ada benda senang, guna je cara tu :)

tapi sebenarnya aku tak nasihatkan untuk ambil pakej dari Sri Putri ni.
better ambil pakej dari Tune Hotel. even mahal sikit, kau tak sakit hati.
sebab dari sri putri, dia akan berhenti ambil orang kat tun aminah, then pergi ambil kat larkin, then ambil orang kat bandar.
memang itu kot checkpoint. then dengan jammed masuk ke singapore, memang kena tahan sabar.
lagi-lagi musim cuti sekolah and a day before krismas.
dapat pulak penumpang a family yang ramai and banyai! hmm. lambat.
since kau pergi dengan ramai orang, mohon prihatin dengan masa lah.
unless kau pergi sendiri kan.
so, dengan jammed, ramai orang kat imigresen, pukul 1tengahari baru sampai USS.


macam biasa, get the map. untuk sure kan apa lagi yang korang tak pergi :)
first thing kami masuk is LIGHT, CAMERA, ACTION.
dapatlah tengok how hollywood buat filem hanya dalam studio tapi real! like seriusly. real!
snap! snap! dengan puluhan ramai orang and just get ready untuk tunggu turn korang.
then, aku skip Human dengan Cyclone rollercoaster dulu sebab itu terlalu ekstrem.
so, pergilah masuk ke roaller coaster Mummia dulu.


yes, first time aku datang, aku tertinggal permainan ni.
so, untuk kali ni, aku sanggup tunggu 45minit semata untuk main roller coaster.
naik...turun...berhenti, reverse! jantung kau tertinggal di depan. best!


mula-mula nak main Transformer 3D tapi, kena tunggu almost 2jam!
so, its better jangan habiskan masa dengan menunggu lama, skip to the next game!
kali ini, semua game aku main! sebab bila lagi nak datang, tak dapat nak plan.
makan pun, pastikan ada logo halal. sebab tak semua makanan halal kat sini :)


banyak masa habiskan dengan menunggu sebenarnya.
dan ambil je gambar sebab tempat kat sini semua cantik-cantik :)
lagipun banyak game aku dah terangkan dalam previous entry pasal USS jugak :)

chekidout kat sini! :)


yang takde dalam review entry lepas adalah Transformer 3D!
serius best gila! best gila! best gila!
3 kali kan sebut. afdal sangat. sebab best gila! cakap lagi.
kena rasa sendiri betapa best gilanya benda alah ni.
dont miss it!

 uolls nampak yang merah dan biru come lote tu? gua dah tawan dua-dua!
sila muntah lepas naik roller coaster Human & Cyclone tu!

tips untuk ke Universal Studio Singapore.
1. kalau yang tak tahu jalan area singapore, better untuk amek pakej pergi balik beserta tiket USS. sebab korang dah tak payah fikir untuk beli tiket kat sana.
2. tukar duit siap-siap! jangan pergi money changer kat uss. sikit sangat tukarannya. so, better tukar RM ke dollar singapore di Malaysia :)
3. get a map dalam USS. and check yang korang tak terlepas any game pun. terlepas game. rugi sangat.
4. ada certain game yang ada time-time tertentu, so, make sure kena tahu :)
5.  for those yang tak suka benda extreme, tak digalakkan untuk main roller coaster sebab mostly roller coaster dia GILA!!! hehe. tapi rugilah!
6. make sure makanan halal. 
7. tengok time waiting before main game. kalau terlalu lama, buang masa. better skip next game. sebab bila dah petang sikit, orang makin kurang, so pergilah balik ke game yang korang skip tadi :)
8. banyak kiosk yang jual makanan jugak. so, bagi yang Islam, kena lah tanya sama ada ia halal atau tak. jangan main belasah je ye :)

 menatang kuning biru ni kirim salam. mereka suruh datang lawat mereka.
silakan! :)
have fun! 
bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: