Friday, January 11, 2013

siapa kita dahulu?


hari ini hari jumaat.
aku pakai baju kurung.
susah betul cik Nadzirah ni nak pakai baju kurung sebenarnya.

tapi sekarang, seronok sebenarnya pakai baju kurung.
nampak ayu. yelah, memandangkan aku terlebih ayu, nampaklah ayu sikit kalau pakai baju kurung.

cuba duduk sekejap.
kalau waktu ini, jam ini, detik ini, beberapa tahun yang lepas.
dimana kau sekarang?

eh, selamat tahun 2013!
kalau mengikut tahun, dah cecah 24 tahun dah umur aku :)

ok. sambung balik. 
kalau baca balik semua post aku, boleh juga aku ingat siapa aku yang dahulu.
aku cuba lupa siapa aku dahulu.
sebab aku dahulu bodoh. ikut apa itu suka. apa itu seronok.
malas lah nak ingat.
tapi apa boleh buat. yang dahulu tu lah buat kita jadi siapa kita yang sekarang.
yang dahulu tu juga yang ajar aku untuk jadi yang sekarang.

tapi, tolong jangan ingatkan kisah aku.
biarlah. itu buku lama. simpan dalam arkib.
kalau perlu digunakan, baru buka.
kalau tak, biarlah ia tersimpan :)
 
tapi siapa kita yang dahulu, tak penting.
siapa kita yang sekarang. itu baru penting.
sama ada berubah arah baik. atau arah buruk.
mana yang buruk, bila masuk tahun baru, buatlah azam baru untuk ubah.

dan siapa pun dengan kau sekarang ni, mungkin berbeza dengan siapa yang ada dengan kau masa dahulu.
terletak pada mereka, untuk terima siapa kita dahulu.
tapi, kalau mereka tak boleh terima kita yang dahulu, kenapa perlu bagi siapa kita yang sekarang.
kan?

dont look my past. seek for the present and build the future. with me. 
and i'll be yours.

ewah. madah madah.
sudahlah.

eh, aku ada 3 voucher Seoul Garden.
siapa nak makan dengan aku?


bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: