aku tengah makan famous amos. sila jeles. bye.
eh, cuba kalau kita sakit, apa kita buat?
yes, kita akan pergi jumpa doktor, atau berehat dan makan ubat.
ya. bila kita cuba fikir perkataan 'KALAU' adalah satu kemungkinan.
perkataan 'CUBA' juga satu kemungkinan.
kaitan antara dua perkataan, menjadi satu ayat.
"eh, cuba kalau kau makan je ubat tu, mesti sihat kan"
ok. ayat 'cuba kalau' ini juga akan diakhiri dengan satu kemungkinan lagi.
dan kemungkinan itu sebenarnya 50/50 sama ada menjadi atau tidak.
that why, ada perkataan 'cuba'.
sebab bila kita tak cuba, kita tak tahu apa pengakhirannya. tak gitu? :)
banyak benda dalam dunia ni kita takut nak cuba.
kita cuma terima orang yang kata pada kita "eh, tak salah pun kalau cuba dulu"
dan memang senang untuk kata tapi agak sukar untuk buat.
dan masa inilah, gunanya apa itu kekuatan.
ok.
lets differentiate.
cuba kalau kau tengok ibu kau sakit dan cuba kalau ayah kau yang sakit.
siapa lagi kuat ketika tu?
ibu akan tetap bangun, untuk masak, kemas rumah, basuh baju.
dan ayah akan baringgggggg sepanjang masa.
i am not gender bias. lekkkk luu.
just random thought sebab banyak contoh seperti ini.
since my officemate yang give such example :) and he a guy.
cuba kalau kau lemah dan jatuh.
dan masa tu, cuba kau fikir ada yang masih mengharap kau untuk bangun dan bersemangat?
cuba kalau kau putus asa.
dan masa tu, cuba kau fikir apa yang buat kau terus mencuba sebelum kau putus asa?
cuba kalau kau sedih.
dan masa tu, cuba kau fikir ada siapa yang suka dengan senyuman kau dan benci lihat kau sedih.
yes, cuba kalau kau fikir semua itu..
kau akan lebih positif.
dalam dunia ini, banyak benda negatif terjadi. tapi kalau diri kita sendiri pun anggap negatif,
mana positifnya?
aku tipu kalau kata aku kuat.
aku tak suka tengok orang sakit. serius buat aku sedih. aku tak boleh tengok.
imbau zaman papa disahkan sakit jantung, mama ada kanser hidung,
yes, aku menangis. seorang. bila bangun, aku senyum macam biasa.
sebab aku taknak papa mama tahu aku sedih sebab mereka.
walaupun pagi esoknya papa tegur kenapa mata bengkak. pffft.
aku tengok wajah itu sakit. ya Allah, sakitnya. aku tak bisa rasa.
dalam bilik aku menangis. seorang. sebab untuk apa aku tunjuk sedih pada yang sakit.
nak orang tu lagi sakit? naaaa.
dan sebab tu juga bila aku sakit, aku diam.
sebab aku lebih tahu nak handle sakit tu.
dan sebab tu juga aku tak berapa nak suka pergi klinik.
kalau check nama dalam buku klinik panel pejabat papa,
im the one yang tak banyak nama pun.
sebab aku rasa kalau tak rasa nak mati, tak payahlah kot pergi klinik.
macam benda remeh. doktor pun boleh kata 'mengadanya'.
tapi sebenarnya aku tak suka datang jauh2 pi klinik tiba-tiba doktor kata "awak tak sakit apa-apa pun" dang!
sepanjang 3 tahun diploma, 2 kali pergi klinik kesihatan.
sepanjang 2 tahun degree, 2 kali pergi klinik kesihatan.
dan untuk kali ke2 waktu degreee tuuu, ada mkhluk yang membawa aku ke klinik tuu,
kata aku mengada. "sakit perut sikit nak pergi klinik"
shit you. nampak sangat kau tak kenal aku.
ala, dah mencarut. sorry. sorry :)
tapi bila aku dah ke klinik, maksudnya aku dah tak tahan lah!
walaupun aku kuat :)
dan cuma Dia tahu aku lemah sebenarnya.
aku masih ada lemah aku. ok.
dan mesti ada yang kata 'aku tak sekuat kau'
eh, cuba kalau kau cuba untuk kuat, mesti kau kuat.
sebab kekuatan tu datang dari diri kita. dan doa pada Dia.
kita yang buat dia ;)
tipu kalau kata aku tak pernah putus asa.
pernah.
tapi aku pernah cuba untuk tahan. beribu kali. dan ia tak menjadi.
dan aku tahu, kekuatan aku tak bernilai untuk terus mencuba.
kekuatan aku untuk terus pergi. *ok cerita sedih.
cuba kalau kau boleh rasa siapa yang ada dengan kau sekarang ni, tiba-tiba takde?
jadi, hargailah setiap detik sebab kita tak tahu bila detik gembira tu berakhir.
termasuklah ibu, ayah dan orang-orang yang kita sayang.
eh, cuba kalau semua orang positif, aku rasa Malaysia takkan ada isu. kan? :)
bye :)
fds
written by fadhillasamsudin
No comments:
Post a Comment