Saturday, April 6, 2013

Budak dawai besi .braces. gigi besi.

hai.
lamanya tak menulis.
sebab takde benda nak dituliskan.
takde masalah, takdelah berfikir terlalu panjang.
idea pun tarak.

tapi sekarang ada topik.
pasal gigiiiii beeeeesi.
sebenarnya lama dah nak tulis pasal braces. Tapi hold dulu.

Sebelum pakai, fikir masak-masak.
siap google itu ini untuk dapatkan info "sakit tak pakai braces?"
itu yang paling top aku google.
dan memandangkan semua yang aku google, semuanya mengatakan sakit,
so, siapa tak cuak?

Tapi, cekalkan juga sebab memang dah lama nak pakai cuma since dari sekolah lagi.
Aku pakai di bawah kelolaan Klinik Zahida, Seksyen 8, Shah Alam.
since situ yang paling dekat dengan kediaman sementara dan antara yang paling dapat vote tertinggi kalau aku google tentang braces ini.
Kalau awal-awal dulu dengar, mahalnya braces! sampai 5-6k!
yes, memang mahal. Tapi takdelah suruh kau bayar segedebuk macam tu.

Klinik Zahida offer RM1500 as a deposit. and every check up, just pay RM150.
check up sebulan sekali, then, commitment just RM150 per month. siap check up lagi.
ohh, btw, kat sini, braces total RM4700 termasuk retainer :)

so far, now dah around 4 month. 
yang sakitnya cuma kena cabut gigi. Biasanya kena cabut dua gigi atas, dua gigi bawah.
memandangkan gigi atas memang ada ruangan kosong, so aku just perlu cabut 2 gigi bawah.
dan masa cabut memang tak jadi masalah, lepas cabut, darah yang mengalir serupa vampire!
cant talk for a day. or few days. 

Before pasang braces, aku dah siap bagitau office yang aku takkan bercakap.
since ramai gila kata bila pakai braces, SAKIT OI!
then, pasang around 45minutes. oh btw, thanks Sepet teman gu konon2 bagi kekuatan. kehkeh.
after tu, hmmm "okay je. tak rasa sakit pun"
sampai takut nak makan pun ada. Tapi Sepet suruh makan jugak.
sebab lapar, aku makan je nasi dan kunyah. "okay je, tak rasa sakit pun"

dan memandangkan tak sakit, sampai sekarang semua benda aku bantai makan.
okay je. tak rasa sakit pun.
okay, berlagak kan. 
bila orang kata, ada pantang itu,ini. Memang ada. chewing gum semua tak boleh nak makan.
termasuk benda keras.
Tapi, kadang-kadang aku bantai jugak. Kesian perut. haha
and, after pakai braces, kau akan jadi budak yang rajin secara automatik.
sebab kena gosok gigi setiap kali  habis makan.
dan disebabkan aku terlalu banyak makan, rasa malas membondong-bondong tu banyak juga.

Everymonth check up boleh main tukar kaler getah.
nasihat aku, jangan pilih warna gelap. tak cantik.
main silang-silang warna pun boleh. Macam sekarang aku pakai warna pink dan biru :)
oh, btw, jangan makan kari atau masak lemak dan benda pekat-pekat.
Takde masalah sebenarnya cuma akan tukarkan warna getah tu secara automatik.
macam sekarang, tadi aku kata pakai biru dan pink kan?
selepas makan masak lemak siput sedut, Sepet tegur "awak kan pakai warna biru, kenapa jadi warna hijau?"
hah, nampak kan pertukarkan warna tu.
so sekarang, aku pakai hijau dan oren. terima kasih :)

Lets me give you some tips on braces :)
  1. Kira-kira kewangan dulu before pakai. if you can afford, then silakan :)
  2. kalau pakai sekadar trend, u might think it back. seriously :)
  3. X-ray, cabut, scaling, tampal gigi tidak termasuk dalam harga. It depends on your teeth :)
  4. Klinik Zahida memang ramai orang. so waiting list memang agak lama. Tapi bawa je ipad, iphone, tab dan laptop pun boleh sebab ada wifi. hihi.
  5. if your appointment on 12pm contoh, datanglah awal sikit if korang kisah kena tunggu lama.
  6. Let me tell you, besi ni suka mencucuk bila-bila masa dia suka, tapi klinik ada bekalkan lilin khas untuk tutup bahagian yang tajam. so, simpan dan bawa ke mana sahaja lilin tu!
  7. Always check your braces lepas makan, takut terselit celah-celah tu. Rajin-rajinlah gosok gigi :)
  8. Orang kata kalau makan benda keras, bracket senang tercabut. so far, aku tak tercabut lagi. tapi please careful.
  9. Macam dah cakap tapi, jangan makan benda pekat contoh masak lemak or kari, kalau tak, warna getah bertukar. hikhik.
  10.  ada orang kata kalau pakai braces, senyuman pun manis. Alhamdulillah :) Senyum je lah. nak malu apa! sebab kan, masa kita jalan-jalan, ada orang perli "eh, nanti aku pun nak pakai braZes lah" well hello, it braCes. pronouns as braSes. bye.
  11. so far, itu je. sebenarnya rasa sakit tu bergantung pada gigi. kalau terlalu bersimpang siur, mungkin sakit sikit. MUNGKIN. tak tahu exactly.
  12. if u want to wear braces, tapi still takut. just dont :)  
 tadaaa! ini lah lilinnya. compact, senang dibawa. 
Dah tinggal sikit kan sebab besi ni macam harrrem cucuk mulut aku!

ini lah berus gigi dan brush yang guna untuk memberus gigi & braces.
brush macam brush basuh botol susu baby. brush tu untuk selit-selit antara braces.

hai! ini time warna pink. Tak nampak kan? takpelah. haha :)
ignore the Sepet one. haha. This time purple gelap. 
Bila dalam tv, nampak macam...macam tak cantik. hihi

then now, he loves to sing "aku sangat manis, aku ini pula dawai besi"
sambil pandang muka aku.
dia manis. aku dawai besi. kenalah tu.   

Sampai di sini sahaja! terima kasih :)

bye :)


fds

written by fadhillasamsudin

1 comment:

haynasuhaaaa said...

hahahahahahah u lawak lah. braces i warna biru taw pstu i mcm em, knapa hijau ni. sekali bca u mkn masak lemak, i pun bru lps mkn hahahahahahahaha lawak lahhhh. ni cane ni. tak biru dh ke hmmmmmm