Grandlexis Port Dickson, terima kasih atas percutian mu :)

hai.
have a great weekend?
yuh, i did!

lama gila weyh tak pergi bercuti.
almaklumlah, busy memanjang.
jadi di kesempatan yang ada, isikan masa lapang untuk percutian.

actually, mula idea dari mimi, on of the team member yang chekidout pasal hal ni.
sebab promotion from Matta Fair.
actually, bila dengar pasal Matta Fair, teringat cerita mama yang kawan dia pergi under pakej matta fair,
memang murah tapi hotel cikai.
ok maaa, i have to sangkal menyangkal cerita itu sekarang ini :)

teruskan.

Mimi bawa satu proposal untuk ke GrandLexis, Port Dickson which is yang seronok adalah private pool.
yes, our main, 'PRIVATE POOL :)
Rate harga asal around RM800++. Tapi because of matta fair, kami cuma dapat around RM550.
Dengan tambah tolak, bahagi darab seramai 7 orang, we just to pay RM79 each :)
actually, bilik ni untuk 4 orang dengan breakfast for 2.
tapi, standard lah tidur tindih-tindih. ye dak?

sibuk je pokok. nak juga interframe. taknampak dah sign GrandLexis tuh!

sebelah tu Lexis. kembaq dia. Kami di Grand Lexis :)

GrandLexis bersebelah dengan Lexis, adik kembar dia.
sebab korang ada pilihan sama ada hotel, water chalet which duduk atas air atau villa macam kami.
and both Lexis ni betul-betul bersebelahan dengan Glory Beach Resort.
and kedua-dua hotel ni agak jauh dari hotel yang lain, so, bebas dari sesak sedikit lah.


jangan terpedaya dengan kegebuan tilam dia. kalau datang sekadar nak tidur, baik balik! 

Walau hanya sedalam 4 kaki, kalau berenang, masih tenggelam timbul jugeek!

 Kalau nak dalam lagi, apa kata pergi swimming pool hotel tu.
actually ini pemandangan masa menikmati breakfast di hotel tu.
nasib baik takde jejaka berbadan aummm! kehkeh.

anytime je boleh berendam. itu yang seronok.
dan bila bergabung 7 orang, we try to create conversation. oh, i mean fun conversation.
yelah, dah matang. bila study, cerita pasal assignment.
bila habis study, cerita pasal kerja.
bila dah kerja, cerita pasal kahwin. ohh, how time flies.
cepat gila masa berlalu.
and one of team, Mimi dah selamat jadi tunangan orang dan bakal jadi isteri on this November.
bestnya! :)

tapi, yang tak best, ada gadis yang jetlag ni demam lah pulak.
Azfa, baru balik dari London, dah tak biasa dengan cuaca Malaysia. haha.
its ok, next time jangan demam lagi :)

Malam tu, kami makan malam di Singgah Makan.
siakap stim asam boi, sayur, tomyam, sotong tepung.
untuk around 6+1 makan, RM120. ok. aku considered itu murah :)

Mulanya, nak berendam lagi, tapi dah lemau.
sebab start berendam 4.30 petang sampai 7malam.
then keluar makan. manalah tak lemau.
esok pagi, aku dan Yus je yang sanggup bangun pagi pergi sarapan.
after that, sambung berendam sebelum check out.

walaupun rasa macam sekejap gila, tapi Ya Allah, bestnya!
release tension walau sekejap.even takdelah tension mana :)
sebab u got your friends, boleh gelak-gelak buat macam rumah sendiri :)

bestnya kalau rumah ada swimming pool!



 
Rindu pada semua menanchi letchum cikabom cikabom ni semua :(

untuk sehari setengah lupakan kerjaya masing-masing and enjoy! 
Terima kasih kalian. 

bye :) 

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: