Bila aku senaraikan wishlist aku, kebanyakannya agak bodoh.
hanya semata tertarik dengan cahaya, semua wish aku berkenaan cahaya.
tapi, kalau dah kata itu senarai impian aku, maka itu lah ia.
kenapa pertikaikan dok? ada aku kacau impian kau? :)
28 Januari 2012.
Saat aku menulis wishlist ini. (click for detail)
lebih setahun sekarang.
Cukuplah aku kata, ada insan yang cuba gapai impian aku.
Cukuplah aku kata, ada insan yang bawa aku nikmati apa yang aku ingin.
Biarpun tak sempurna seperti yang dihajati, tapi tahu usaha itu lagi bermakna.
menjadikan insan itu salah satu makna berharga buat aku.
Dia insan pertama ajak dan bawa aku pergi jemaah dalam masjid.
masjid yang selalu aku lihat dari luar, rupanya gah di dalam.
Dia insan pertama ajak dan bawa aku pergi KLCC.
bangunan yang selalu aku lihat dari jauh, makin gah bila berada di bawahnya.
Biarpun wish aku nak rasa angin luar naik kenderaan yang jarang atau tak pernah aku naik. Motor.
Tapi, dia tukar, jadi LRT. ya, aku jarang juga naik KTM, LRT, PUTRA dan selain dari kereta.
atleast, usaha :)
Dia kata nak bawa pergi pulau pinang. tapi susah kalau naik train.
Dia kata InsyaAllah kalau dah halal nanti boleh pergi sana.
Ok. tak sabar nak tuntut :)
Aku tak mampu nak tukar gajet Air ke gajet Pro.
masih tak mampu dan rasa macam nak minta untuk jadikan hantaran.
tapi harga Pro, boleh minta 2-4 dulang berlainan barang.
jadi, aku tak berniat untuk susahkan bakal. jangan risau wahai bakal :)
bakal zaujah awak ni masih waras berfikir mengikut kemampuan.
Aku cuma mampu upgrade gajet 3s kepada 4.
dan insan itu juga yang bawa dan tenangkan saat tiada keluaran 4 lagi dipasaran.
dan akhirnya, memang rezeki :)
Melancong luar negera. masih tak dapat jawapan.
pernah rancang tapi belum jadi.
masih dalam negeri. InsyaAllah bakal jadi kalau ada perancangan rapi :)
dan satu lagi, Alhamdulillah impian terpenting.
26 Mei 2013, aku berangkat pergi menunaikan umrah bersama keluarga.
Doakan kami selamat pergi dan balik dan dapat umrah yang mabrur :)
satu lagi wishlist tercapai, InsyaAllah :)
Bagi pembaca nukilan ini, ampun maaf sekiranya sepanjang blog atau penulisan ini terhasil,
ada menyinggung mana-mana pihak.
Bagi yang mengenali diri ini, ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang sengaja mahupun tidak sengaja.
dan diri ini juga bakal merindui insan yang terpenting dalam gapaian impian selama ini.
dan awak juga kini salah satu impian saya.
Terima kasih Abdul Farit Bin Abdul Razak.
InsyaAllah, doa saya untuk kita :)
Assalammualaikum :)
fds
written by fadhillasamsudin
No comments:
Post a Comment