Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Ibu :)


Kau tahu, tiada apa yang lebih menggembirakan selain lihat ibu kau senyum gembira.

Ya. Aku bukan anak yang baik.
Biasalah, budak baru nak up kenal dunia.
Mak bapak pun aku langgar.
Hukum dunia pun aku tinggal.
Dalam kepala cuma tulis "seronok"
Yang lain, pergi mampus.

Bila membesar, baru kau sedar ada garisan halus dekat mata ibu ayah kau.
Kau tak sedar sebab kau tak pernah tenung mata tu.
Mata yang siang malam celik cari rezeki untuk anak-anak nakal mereka.

Ya. Bila aku bekerja, aku tak mampu nak belikan rumah banglo.
Nak bagi duit tiap-tiap bulan pun aku tak pernah. 
Sebab mama sendiri kata "mama taknak duit, bagilah benda lain".

Ya, boleh kata papa mama masih bekerja.
Masih punya wang sendiri. Mereka taknak anak mereka susah. 
Ya. Aku tahu. Jadi aku cuma mampu ganti belanja makan. Belanja itu, belanja ini. Apa sahaja asalkan ada garisan senyum mampu aku ukir.
Biarlah tak semahal mana, tapi tahu tak ikhlas itu lagi mahal harganya?

Puan Nora, 
Terima kasih melahirkan dan memberi nama dan membesar seorang gadis bernama Fadhilla Nadzirah ini.
Memang adik tak mampu nak bagi barang mahal, adik tak mampu nak bagi duit tiap bulan, tapi adik nak mama tahu adik sayang mama. 
Biarlah orang kata bila dah kahwin, syurga bawah telapak kaki suami.
Tapi syurga adik bila mama redha untuk setiap perjalanan hidup adik dunia akhirat.

Aku belum kahwin, kenapa cakap pasal suami?
Nampak kan?
Mama, nak cucu tak? Nak kahwin! Kahkah.

Terima kasih mama.
Selamat hari ibu. 

Terima kasih mama.
Selamat hari guru cikgu Nora.

Bye :)

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: