Tuesday, May 14, 2013

Reti bersyukur?

 
Ok. Bila kita rasa syukur, bagi yang Islam, we know we have to say Alhamdulillah. Itu maknanya kita tahu rezeki kita turun dari Dia dan kita perlu berterima kasih.

Easy. Cuba pandang kehidupan sendiri.
Bandingkan dengan orang kanan, dan orang kiri kau.
Dan masa kau banding, kau nampak segala yang indah yang tiada pada kau. 

"Bestnya bawa kereta mahal"
"Bestnya dia duduk rumah besar"
"Bestnya dia dapat boyprend encem"
"Bestnya dia gaji besar"

Best itu. Best ini.
Compare dengan diri kau.
Dan masa kau compare, selain dengan orang kiri kanan, bandingkan juga dengan orang atas bawah.

"Kesian pakcik ni minta sedekah"
"Kesiannya kena jalan kaki jauh2"
"Kesiannya duit takde nak makan"
"Kesiannya boyprend dia curang"

Kesian itu. Kesian ini.

Nampak? Selain kau lihat yang seronok, pandang juga tidakkeseronokan.
Masa tu, yes, kita akan pandang apa yang kita ada dan kita akan mula bersyukur.

Aku negatif awalnya.
Kenapa orang ada tu, aku takde.
Kenapa orang boleh dapat tu, aku tak boleh?

Yes, kerja aku menyoal. 
Seakan menyoal kerja tuhan. Takdir.
Dan aku silap. Bodoh betul.

Biarlah aku pakai kereta ni.
Biarlah gaji aku ciput.
Biarlah boyprend aku sepet.
Biarlah rumah aku sekangkang manusia.

Tapi, aku masih ada semua tu.
Berbanding mereka yang tiada.
Apa lagi mahu kau minta selain kebahagiaan dunia akhirat?

Yes, bahagia tak jamin kewangan kau.
Tapi, kewangan dapat jamin bahagia kau?
Fair kan?

Biar ada sedikit rezeki untuk bahagia.
Sebab rezeki tak pernah tertakluk pada wang.
Rezeki itu pada keluarga bahagia.
Rezeki itu pada suami yang soleh.
Rezeki itu pada anak-anak yang baik.
Tak gitu?
Dan sebabkan semua rezeki itu, keinginan kau untuk mencari lebih rezeki bakal ada. Usaha.

Kan takdir itu takkan berubah kalau kita sendiri tak ubah. 
Tuhan ada cakap. Kenapa perlu diam?
Kan. 

Tu, ada mulut kata kedai runcit kerajaan tu bukan murah sangat. Murah 10sen,20sen je.
Biar. Sebab mulut tu jenis dapat 10sen,20sen kat lantai kalau menyapu rumah sendiri.
Jadi mereka taktahu nilai.
Pendapatan rendah, 10sen tu bagai RM1.
Tak mengerti kan rasanya? Sebab tiada bunyi syukur keluar dari mulut.

Mama ada kata, biar orang nampak kita tak berduit, tapi kita masih punya duit.
Orang sekarang "biar papa asal bergaya". 
Handphone mahal kredit takde. 

Kenapa perlu rumah besar, tapi bila hujung bulan, kau sesak makan pasir,
Kenapa perlu kereta mahal, tapi bila nak bayar, masih garu kepala.
Kenapa beli barang berjenama mahal, tapi bila ajak lepak, minum air kosong.

Kau faham maksud aku?
Bersyukur dengan apa ada.
Cabuk sekalipun, ia masih ada daripada tiada. 

tahu berdoa?
kalau kau yakin dengan tuhan, kau pasti tahu berdoa.
Doa, Usaha, Tawakal. InsyaAllah.

Bye :)

fds

written by fadhillasamsudin

No comments: