Sunday, June 23, 2013

'percutian' umrah :)

Assalammualaikum :)

hampir seminggu selepas pulang dari tunaikan umrah.
Macam tak percaya pun ada.
dan sampai sekarang, ini adalah percutian terhebat pernah aku lalui.
kalau nak dibandingkan dengan percutian sebelum ini.

ketenangan di sana berbeda. aktiviti di sana pun berbeda.

Dari KLIA jam 6petang menaiki Saudi Arabian Airlines.
ohh, kami sekali lagi mengikuti UTAS travel. sama macam pergi Beijing sebelum ni :)
Masa diberi taklimat pun, macam-macam perasaan dah rasa. 
teruja, takut semua ada.
Dalam flight, tak henti berzikir. automatik. 
Tiba di Madinah, selesai urusan pasport, kami dibawa ke hotel.
malam pun rasa panas. anginnya panas. tak tahu nak jangka angin siang macam mana.

Hotel Elaf Taiba Madinah. tak sampai berapa meter ke Masjid Nabawi.
Dari bilik hotel, tersergam indah masjid nabi ini. 
Cantiknya, sampai bergenang air mata. terangnya cahaya dari masjid tu, aku terus lupa cantiknya bandaraya KL yang terang benderang tu.



Subuh seawal jam 4.30pagi. dan hari pertama, body clock ikut jam Malaysia.
jadi liat punya lah hai nak bangun seawal 3.30 pagi tu.
akhirnya terpaksa sembahyang subuh di luar masjid sebab dah terlampau penuh.
Tapi, lepas Subuh, mama bawa masuk masjid untuk baca Al-Quran.
pertama kali masuk, luasssssss sangat. cantik tu tak payah cerita lah.

pagi tu jam 7.30pagi, kumpulan jemaah wanita di bawa ke Raudhah.
Raudhah adalah kawasan makam Nabi dalam masjid Nabawi. dan salah satu tempat mustajab doa.
Raudhah terhad untuk wanita. ada waktu tertentu.
kena beratur untuk masuk. dan bersesak. dan berhimpit.
lama juga nak tunggu turn. dan masa ni mama pesan, niat betul-betul sebab susah nak solat dalam Raudhah.

Sesak sebab terlalu ramai orang. kepala dah tak kira. ada je yang terpijak.
kawasan Raudhah carpetnya hijau. yang lain, carpetnya merah. itu yang berbeza.
Awalnya memang sesak. kalau nak dibanding badan Malaysia dan badan orang Arab sana, tak payah cakaplah.
Masa nak bergerak mencari tempat dalam Raudhah, mama tersepit antara orang.
Masa tu, kalau nak fikir, aku sanggup tak dapat nak solat kat situ berbanding nak tengok mama sakit terhimpit.
tapi Alhamdulillah semua selamat dan kami diberi kesempatan :)

hari lain seperti biasa, memandangkan papa dan mama pernah ke sini, mereka yang bawa jalan-jalan.
dan melihat perkuburan Baqi' iaitu perkuburan sahabat-sahabat Nabi.
tapi perempuan tak dibenarkan tengok dari dekat.
sebenarnya ada hikmah makam-makam ini dijauhkan dari perempuan sebab ditakuti ada yang meratapi.

Kami dibawa mengikut bas rombongan ke Masjid Quba. 
Solat sunat di sini ganjarannya seperti melakukan sekali umrah.
kemudian kami ke Jabal Uhud dimana peperangan Uhud terjadi.


Bukit Uhud sangat besar. sangat-sangat besar!
kemudian kami ke pasar Kurma.


ada pelbagai jenis kurma. mama kata, kat sini mahal sikit.
aku tak tahu sangat. di Mekah ada lagi yang lebih murah.

dan pada hari Isnin, kebanyakannya ramai yang akan puasa sunat.
jadi, masjid akan lebih penuh dari biasa sebab mereka akan buat kawasan makanan.
dan selalunya, mereka akan beri sedekah sama ada kurma, roti atau apa sahaja.
dan selalunya, anda kena ambil. atau dipaksa untuk ambil :)

hari terakhir sebelum berangkat ke Mekah, kami buat ziarah Wida' ke makam Rasulullah.
alhamdulillah sekali lagi diberi peluang ke Raudhah. dan kali ni ada strategi lain.
menyelinap masuk ke kawasan depan sekali atau bahagian kiri Raudhah.
sebab bahagian belakang dan kanan kawasan orang keluar masuk, jadi agak sesak di situ.

Kami berangkat ke Mekah meninggalkan Madinah.
dan sekaligus berhenti bermiqat di Masjid Bir Ali untuk miqat umrah.
teruja untuk laksanakan umrah yang pertama.
bila dah niat umrah, otomatik dalam ihram dan pantang larang perlu jaga.
dan sepanjang perjalanan yang ambil masa hampir 7-8jam, berfikir juga.
jika perjalanan bas mengambil masa 7-8jam ke Mekah, bagaimana Nabi berhijrah ke Mekah dari Madinah?
ambil masa berhari-hari demi Islam dan persaudaraan Islam.
tapi sekarang, senang lenang umatnya putuskan persaudaraan, kumpul puak dan bergaduh :(

terbit sesal dan sedih. biarpun dalam politik ada pendapat masing-masing,
kenapa perlu pergaduhan? ok. abaikan
sampai di Mekah, besaaaaaarnya MasjidilHaram, MasyaAllah. terangggg sangat.
lautan manusia baru pulang dari solat Isya'. ramainya tak perlu cakap. penuh!
Kami tiba di hotel. Biarpun tak seselesa seperti di Madinah, aku tak kisah.
Mama kata selalunya kalau selesa di Madinah, Mekah akan berbeda. itu kan dugaan :)


hotel dengan masjid lebih kurang 200meter. 
malam tu juga kami selesaikan umrah yang pertama. 
pertama kali masuk MasjidilHaram, lebih besar dari Masjid Nabawi.
dan pertama kali melihat Kaabah, rasa nak jatuh terduduk.
Besar dan Agungnya kuasa Tuhan. rasa diri ini terlalu kecil dan berdosa.

MasjidilHaram dalam renovation, jadi kawasan tawaf agak kecil dan sesak.
tak putus-putus orang datang. takkan pernah kosong masjid ini.
dari tawaf ke saie dan akhirnya bercukur/gunting. selesai umrah pertama.

bangunan pencakar langit sekitar MasjidilHaram, besarnya lain macam.
beza dengan bangunan di KL. 


hari berikut, kami ke Jabal Rahmah. orang kata mustajab untuk doa jodoh.
cuma aku tak berapa gemar ada juga manusia yang masih menganggap menulis nama di atas batu kat situ boleh dapatkan jodoh. lebih mustajab untuk berdoa.


kami juga dibawa ke Mina' tempat jemaah haji melontar.


besar sangat dan aku boleh bayangkan suasana haji yang terlalu padat dengan manusia.
selepas dibawa sekitar Mekah, kami bermiqat di Jaaranah.
di sini masjidnya agak kecil, jadi ramai yang ambil air sembahyang sendiri menggunakan mineral water.

setiba di MasjidilHaram, kami lakukan solat Zohor berjemaah dan kemudian selesaikan umrah terus.
tawaf di tengah panas, itu antara dugaan. tapi ketika ini tak ramai sangat.


ramai juga cuma tak seramai malam. tapi masih ramai.
cadangnya nak selesaikan saie lepas Asar, tapi sempat habiskan sebelum Asar, jadi teruskanlah.
bila lama sangat dalam ihram, risau jugak terlepas pantang larang :)

Di Mekah, tempat paling dekat untuk bermiqat adalah di Tana'im.
banyak teksi sekitar kawasan masjid. cakap je nak pergi Tana'im. confirm boleh punya! :)
Selepas subuh, papa bawa kami dekat dengan Kaabah.
sebab ketika tawaf tak boleh sentuh Kaabah.
jadi kali ni, niat untuk pegang Kaabah dan kalau boleh nak ke Hijir Ismail.
Tapi, sebab ramai, sempat pegang Kaabah je. Subhanallah. sebak!
 teringin nak ke Hajar Aswad, tapi masih tak kesempatan sebab kawasan ni bertolak-tolak.
perempuan pun tak digalakkan sangat. takut tertarik-tarik sampai terbuka aurat.

kami juga di bawa ke Ladang Unta.


saksi unta depan mata dan rasa susu freshnya. haha. malas nak bagitau rasanya.
cubalah sendiri! pasti taknak lagi. hihi.
Dan kami ke Hudaibiyah untuk bermiqat umrah sekali lagi :)


dan papa bawa kami untuk ke Hijr Ismail sekali lagi dan niat untuk cuba solat di situ.
alhamdulillah :)
dan kami  pulang ke Malaysia dari Jeddah dan tiba di KLIA dengan selamat :)

Dan selama hampir 9 hari di Mekah, banyak sangat pengalaman yang paling berharga.
dan banyak aku belajar. dan insafnya aku sebagai seorang perempuan.
bersyukur di atas pengalaman dan setiap kesempatan yang diberikan.

Tips ke umrah :
  1. Kalau dengan UTAS Travel, mereka sediakan 3 buah buku persediaan termasuk kisah sejarah di Mekah dan Madinah. so, seeloknya selami setiap buku. Seronok.
  2. banyakkan berzikir. tapi, senang cakap, bila di sana, secara otomatik, bila berjalan, hati sentiasa nak berzikir. semula jadi. terutama ketika berjalan menuju ke masjid.
  3. Niat dengan betul. mulut jaga, perangai jaga. Kalau boleh, dapatkan berjemaah setiap waktu di masjid. Alhamdulillah sepanjang di Mekah dan Madinah, aku dimampukanNya untuk solat setiap waktu di masjid :)
  4. Shopping kat Madinah! lebih murah. hehehehe.
  5. kalau solat, pandai-pandailah jaga kawasan masing-masing sebab kebayakan orang Arab sana suka menyelit dan mereka sangat besar dan akhirnya kawasan tu jadi milik mereka.
  6. Masjid Nabawi takboleh bawa kamera masuk. jadi, tinggalkanlah DSLR kat hotel atau anda duduk je luar masjid.
  7. cuaca di sana ada mencecah hingga 48c. dan anginnya kering. Dan tak faham, bila aku biar je muka terdedah, tak panas sangat. bila pakai mask dan spec hitam, berpeluh pulak muka. hehe.
  8.  kulit memang akan kering. gatal dan bibir pecah. bawa vaselin dan beli satu bedak yang bergambar jagung untuk hilangkan gatal. InsyaAllah ok :)
  9. pergi masjid seawal yang boleh untuk dapatkan tempat. kalau subuh 4.30pagi, 3.30 dah boleh terpacak kat masjid untuk solat sunat dan baca Al-Quran. zuhur 12.15tghari, Asar 3.30ptg, Maghrib 7.30mlm, Isya 8.30malam. 
  10. Selalunya Subuh Jumaat akan ada sujud Sajadah. bergantung pada Imam. dan memang bacaan surah Subuh panjang dari biasa.
  11. Solat Jumaat tak digalakkan perempuan ke masjid :)
  12. di sana, banyak sangat perangai pelik dan bermacam-macam gaya solat akan korang jumpa. istighfar banyak-banyak dan jaga mulut sebab mereka ada fahaman masing-masing :)
  13. ketika tawaf memang bersesak, lagi-lagi tengah renovation. sabar dan jangan bertolak. memang menguji sangat-sangat.
  14. Ketika Saie, bila tengahari memang tak penuh orang sangat. bergantung lah, dan ada je yang merakam gambar ketika sedang saie. aku pernah ditegur, tapi ketika tu aku dah habis saie :) papa kata bila saie, jangan ambil gambar sebab kita tengah saie kena niat saie je. takut berubah niat, jadi tak sah.
  15. di kawasan Kaabah, ada sindiket yang mengajak untuk dibawa ke Hajar Aswad. tolong jangan terpedaya. "udah dicium hajar aswad? mahu dibantu?" dia akan bantu, selepas itu, dia akan minta dibayar. ada yang kena 100riyal dan lebih dari itu. mohon berhati-hati. hajar Aswad itu sunnah. bila dibuat bisnes untuk itu, boleh fikir apa hukumnya kan?
  16. dan setiap kali sembahyang fardu, akan ada solat jenazah. jadi, boleh belajar caranya sebelum pergi :)

mungkin ada beberapa yang tertinggal. tapi insyaAllah, jika niat itu betul, akan dipermudahkan.
apa yang aku boleh kata, ketenangan di sana beza. mungkin sedikit penat dan panas, jadi apalah kiranya penat dan panas itu bila diganti dengan pahala.
takde fikir soal duniawi langsung di sana. dan bila pulang di Malaysia, betul kata mama, akan rindu nak ke sana.

dan seperti sekarang, demi Allah, aku rindu nak ke sana lagi.
InsyaAllah dengan izinNya ingin ke sana lagi dengan mahram yang lain :) 

more photos : click here

Assalammualaikum :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: