pergerakan langkah :)


Assalammualaikum.
 
orang kata usia muda.
orang kata dah sedia ke.
orang kata, reti ke menjaga.
orang kata, nak makan apa.

ikut orang kata.
tuhan kata?
cukuplah perjalanan begini.
segan dengan tuhan.

ada 4 syarat bagi wanita.
aku kejar yang keempat itu.
biar awal kalau tuhan sudah tulis untuk aku.

bagimana aku menjaga, bagaimana aku makan, bagaimana aku sedia dan bagaimana usia aku berjalan,
itu takdir aku. biar aku tulis, tuhan tentukan.
dengan siapa, bagaimana dia menjaga, bagaimana dia berikan ku makan, bagaimana dia sedia jadi imam, dan bagaimana usianya berjalan seiring dengan aku.
kami tulis sama-sama, tuhan teruskan untuk menentukan.

segan nak cerita.
tapi rasa nak luah. 
setiap kali pandang, setiap kali itu sebak.
takdir tuhan itu indah. 
seindah manusia yang dikurnia di sisi.

Izin dah diminta.
perbincangan dah dibuat.
satu demi satu dah berjalan.

tunggu masa mata perkenalan 2 pihak untuk dimeterai.
cuma doa aku pohon moga dipermudahkan semua.

aku tak minta lebih. siapa aku.
cuma anak gadis penuh dosa silam.
cuma anak gadis tak lengkap peribadi.
yang cuma minta diterima luar dalam apa ada.

dan untuk apa minta lebih kalau diluar kemampuan.
aku belajar untuk berdiri melihat apa yang ada.
aku belajar untuk menerima apa yang kurang.

jika ia benar, maka mudahkan.
Amin.
fds
written by fadhillasamsudin

2 comments:

Nesha Zin said...

doakan yg terbaik untuk awak.

fds :) said...

terima kasih :)