selamat hari bapa, papa ! :)


masih belum lewat untuk aku ucap selamat hari bapa.

untuk encik Sams tercinta.

encik Sams ini lah yang kalau , "pa, nak keluar!" dihulurnya duit.
encik Sams ini lah yang kalau, "pa, nak beli ni!" ditunai permintaan.
encik Sams ini lah yang kalau, "pa, nak pergi sini!" dibawa mengikut tujuan.

ayah, bagaimana susah, akan disenangkan.
asalkan anaknya senang.
papa tak cakap rindu, tapi papa akan call dan cakap "senyap je, tengah buat apa tu?"
dan papa yang selau message tanpa pinta "dah masukkan duit"

ok. aku menangis saat tulis ini. ohoi!
rindu bapak aku lah weyh :(

dan encik Sams ni juga jadi mangsa.
"pa, adik merajuk". "pa, adik tengah marah sebab bla bla bla"
mangsa untuk pujuk aku yang kepala angin ni.
mudah. pandang aku "merajuk ke?" terus gelak. 
mudah. call aku terus cerita dan explain itu ini untuk sejukkan hati anak dia yang tengah panas.

dan sering itu juga aku kata pada adik-beradik aku yang lain,
"papa sayang aku lebih dari korang" hahaha.
memang betul. walaupun agak jahat, tapi tak kisah lah!

dan encik Sams ini juga kata "papa yang akan nikahkan semua empat-empat sekali"
sebab dia tahu, dia kena serah anak-anak gadis dia ni kelak.
sebab itu juga dari dulu aku cakap pada semua, biar lah jodoh aku sama macam papa.
jadi, bila aku rindu papa, aku tahu nak pandang siapa.

dan biarlah jodoh aku yang ada depan mata kini.
sebab banyak ciri papa ada dalam dia :)

terima kasih papa untuk seeeeeeeeeeeeeeegaaaaaaaaaalaaaaaanyaaaaaaaaaaaaa!
walaupun ada prince charming datang, papa, you always be my king of my heart!
hamek! speaking sebab geli kalau dalam malay.
ok. melayukan.
walaupun ada putera idaman datang, papa selalu menjadi raja di hati. ewaaah!

cukuplah dosa adik untuk papa tanggung.
nanti pass baton pada bakal suami adik ye :)



adik sayang papa!

Assalammualaikum :)

fds

written by fadhillasamsudin

No comments: