Selamat berpuasa :)



Hai.
belum lewat rasanya nak ucap selamat berpuasa.
memandangkan hari ini hari ke10 kita berpuasa.
wow, rasa macam sekejap, jumpa balik bulan Ramadan.
Alhamdulillah :)

Tapi mungkin untuk Ramadan kali ini, aku agak teruja untuk puasa.
dan untuk kali ini juga aku ada azam sendiri.

1. selagi kudrat terdaya, setiap kali aku mampu, solat terawih, insyaAllah aku tunaikan :)

dan memang sepanjang hidup aku, pernah aku sembahyang terawih bersama papa mama di masjid.
sekali. sehari. dan aku serik.
konon nak buat kat rumah, tapi sekali. kemudian malas.
itulah. itu pun entah bila.

tahun lepas, hampir akhir Ramadan, aku dibawa sekali lagi ke masjid untuk terawih.
seronok sebenarnya. sampai sanggup pergi seorang tak berteman.
cuma tak nampak seronok itu sebab dulu muda lagi. fikir apa.

sekarang dah tua, baru nak buat amal. manusia kan.

2. Kalau Dia izin, teringin juga nak khatam Al-Quran untuk Ramadan ni.

dan sebenarnya aku tak pernah khatam lagi. ya :'(

orang kata kalau nak khatam, satu solat 4 muka surat.
tapi memandangkan bekerja, mana yang sempat, aku lebihkan.

tapi tolak bahagi dengan 'kes perempuan berbendera merah' lagi,
sempat atau tidak, insyaAllah. 

semoga Ramadan kali ini beri banyaaaaaaak makna untuk kita.
insyaAllah :)

dan insyAllah, Ramadan tahun depan, lebih pahala aku kumpul sebab sediakan makanan untuk orang yang berpuasa, insyaAllah :')

assalammualaikum :)
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: