Nervous woo!



Kadang-kadang aku rasa aku boleh.
Bila tiba waktu, aku rasa aku tak boleh.

Takutnya.
Dalam istilah kanak-kanak, akuttt cangat. 
Istilah remaja pun begitu juga.

Ikan kembung, ikan selar kuning sendiri aku tak reti beza.
Masam masin manis sendiri lidah aku tetap kata sedap.

Itu nak memasak? 
Itu dah sediakan sarapan, lunch, dinner? 

Ah. 
Orang kata nak tak nak je.
Boleh belajar.
Rajin atau malas.

Tapi cuak juga kalau bakal asyik sogok tentang memasak. 
Ya, aku perempuan. 
Yang taktahu memasak.
Memang bukan calon sesuai yang dipandang lelaki. 

Konon.
Aku yang perempuan tak pernah letak syarat pada lelaki sesiapa pun bakal.
Asal cukup agama.
Cukup agama, dapat bimbing.
Harta? Benda boleh cari.

Kalau ada ikhlasnya, aku masak.
Jangan disuruh.
Sebab bila disuruh, aku tak ikhlas.
Bila tak ikhlas, hilanglah sedap.

Tapi, aku tahu tanggungjawab.
Jangan risau :) 

Doakan yang terbaik semoga berjaya jadi chef terkemuka di mata bakal.
Kahkah.

bakal, apa kata kita masak sama-sama. 
saya masak nasi.
awak masak lauk.
kan comel tolong isteri. mihihihi

Assalammualaikum :) 

fds
written by fadhillasamsudin

1 comment:

fadhzli roslan said...

like : Kalau ada ikhlasnya, aku masak.
Jangan disuruh.
Sebab bila disuruh, aku tak ikhlas.
Bila tak ikhlas, hilanglah sedap.

try masak nasik goreng.. coz xde orang pernah masak n.goreng x sedap