Friday, August 2, 2013

setahun sudah :)




Tanggal 1 ogos 2013, sudah 23 hari berpuasa.
Dan hari ini juga genap setahun sebulan aku berkhidmat di bawah naungan medik tv.
Ahh, memang tak femes langsung mediktv.
Tapi apa aku suka tentang ini, mereka bagi 1001 pengalaman dan pengajaran dalam hidup.
 

Cukup aku kata 3 bulan praktikal sebelum diserap masuk 1 Julai 2012 sebagai wartawan penyiaran di sini,
Banyak benda yang aku belajar.
Dari merangkak kenal hidup, sekarang hampir berdiri biarpun ada yang tak sama tinggi.


Di sini aku kenal manusia-manusia yang tahu tanggungjawab.
Aku rasa bagaimana menjadi seorang adik yang dijaga abangnya.
Boleh kata fikiran lelaki dan perempuan berbeza.
Dan aku hanya punya kakak. Fikiran aku sama macam dia.
Bila rasanya ada abang, mata kau lagi bukak besar sebesar-besar tidak.


Nasihat tak pernah lekang.
Orang makan garam lebih, mereka lebih tahu.
Kau tanya 1000 soalan sekalipun, mereka jawab.
Biarpun menyampah.


Dari abang-abang ini juga, mereka wujudkan satu persepsi baru, semua lelaki tak sama.

Lelaki ada tanggungjawab.
Dan mereka tahu mereka lelaki.
Yang tahu mereka takkan biarkan perempuan berdiri sendiri biarpun mereka mampu.


Dan di sini juga aku berdiri mencari keyakinan.
Pertama kali berdepan kamera,
Skrip dihafal, tangan menggeletar pegang mic, 2-3-4 kali take.
Sekarang, tanpa skrip, spontan.
Aku nampak je konfiden, tapi bila aku berdepan dengan ramai orang, kaki aku otomatik gigil.
Disini aku belajar untuk kontrol kaki biar jangan menggigil :)


Dan di sini juga aku kenal satu manusia.
3 bulan awal tanpa bercakap dengan aku.

Sombong.
Bukan, pemalu.
Tapi dia mula langkah, aku cuma orakkan.
Sebab dia, aku tahu masih ada lelaki tahu sopan. Tahu adab.
Adab dengan perempuan.
Dan sebab dia tunjuk, aku ikut senyap-senyap.
Sekarang ini hasilnya :)


Apa yang dia tunjuk?
Biar aku tahu.

Cukuplah setahun banyak merubah hidup.
Banyak merubah aku.
Dan aku rasa ia baik.

Dan terima kasih atas peluang.



ini masa intern. budak-budak lagi :)
tengok kita dengan siapa. budak sombong tu lah :)

Eh, budak sombong dah tak sombong. haha!
lama tak lepak dengan mereka. rindu. 
rindu meatball juga.


Dan terima kasih tuhan, titipkan manusia-manusia ini.
dan terima kasih tuhan, takdirkan jalan aku begini.
dan terima kasih tuhan, untuk pengalaman ini.
 

Dan sekian. 
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: