Dilema.



Hai. 
Ada impian?
Semua orang ada impian.

Rumah impian.
Kerja impian.
Barang impian.
Segalanya impian yang macam-macam angan-angan.

Aku pun ada impian.
Aku gadis. Dan ada impian.
Lagi-lagi melibatkan perkahwinan.
InsyaAllah ini perkahwinan pertama dan yang terakhir.
Dan aku juga punya impian perkahwinan sendiri. 

Tapi mengenangkan ini zaman wang.
Segalanya wang.
Kau ada wang, kau boleh dapat apa yang kau impikan.
Bukan lah kata aku tak berwang.
Cuma berpada-pada untuk masa hadapan.

Jika kau, ada pilihan.
Wang untuk kepuasan hati mendapatkan apa yang kau impikan,
Atau sekadar asal ada?

Dan aku perempuan.
Yang nakkan semuanya sempurna di mata.
Walaupun hakikatnya mesti ada kelam kabutnya.
Benda biasa bro. Kita kan cuma rancang, tuhan tentukan.
Jadi taklah semuanya perfect kan.

Jadi, inilah dilema aku sekarang.
Kau nak apa yang diidamkan, laburkan wang. Puas hati.
Atau takpelah, asal ada je. 

Ya. Perkahwinan yang mudah, murah. Itu lebih berkat. Aku tahu itu.
Tapi aku tersepit dicelah impian aku sendiri.
Perempuan, disogok benda cantik, bersinar lah mata. 

Kalau diikutkan nasihat yang aku terima, 
"Duit boleh cari lepas tu. kahwin cuma sekali. Ikut impian kau untuk kali ini".

"Boleh tapi ikut kemampuan asalkan janganlah sampai berhutang".

Pantang. Hutang. Pantang besar. 

So? Guano ni bro?

Minta permudahkan semua.
Persediaan banyak bahagian.
Kalau yang itu nak mahal, bahagian lain murahkan. 

Tak gitu? 

Berdoalah. Mohon dipermudah.
Cukuplah.

Assalammualaikum.

fds
written by fadhillasamsudin

No comments: