Friday, August 16, 2013

review : engagement. tunang. risik.

hai.
selamat hari raya :)

entah berapa Syawal hari ini.
cuti pun dah nak habis. lebih seminggu kat rumah.
heaven. 
biasalah, bila jarang dapat balik, rasa nak peluk-peluk je rumah tak nak lepas.

dan hari ini genap 5 hari menjadi tunangan orang.
tak pernah ada dalam kepala nak bertunang.
aku fikir terus lompat dalam perkahwinan. nampak gelojoh?
haha.

tak.
sebab tahun 2013 ni, perlu ada majlis besaran untuk tunang.
aku dihidang begitu.
ada pelamin. ada hantaran. ada makan-makan.
ada baju cantik. ada make up gah. itu.

sebab itu, aku tak memilih untuk adakan pertunangan.
pembaziran. itu je yang aku nampak.
tapi siapa kita kalau nak lawan orang tua kan?
ikut perancangan asal, aku cuma pilih papa mama dan mak abah sepet. dah.
ok dan saksi juga.
dengan cuma 3 hantaran termasuk cincin
risik sekali disarung cincin ala bertunang zaman dulu kala.

tapi, disebabkan hari raya hari mulia,
mama bersuka cita nak buat open house.
sekali jalan dengan sesi risikan dan tunangan.
pihak sana pulak tiba-tiba nak menghantar 5 dan ikut adat perlu menghantar 7.
ikut adat kepala aku, aku nak balas 4. 
tapi, dah kena maki sebiji dengan makcik aku. ok, kita bagi 7 ye :)

nampak kelam kabut kan?
memandangkan hari raya hari mulia semua kedai sukacitanya tutup,
marilah kita DIY :)

BAJU.
ini sebelum. 
aku beli dari EL Ideal Closet dengan harga RM60. ye sekali postage.
kakak yang baik dan cantik dan barang pun murah! :)

dengan berbekal lace RM16 semeter, jahitlah sendiri! ok. mama jahitkan :)
dan memang cukup untuk pinggang dan tangan, semeter. settle. 


dan tudung, aku cuma pakai balik tudung masa time konvokesyen :)


dan make up by kawan saya, cik Wawa.
kalau korang ada kawan yang pandai make up, tak salah pun nak pakai khidmat mereka.
free dan korang boleh mengomel apa je yang korang nak.
btw, Wawa pun tahu aku bukan jenis heavy make up.
so, make it sweet and light :)

HANTARAN

sebabkan kelam kabut, mama pinjam je bekas hantaran kahwin sepupu yang sebelum ini.
dan terima kasih pada makcik-makcik yang bertungkus lumus tolong mama. 

-sampin
-buah-buahan
-sireh junjung
-baju
-coklat & gula-gula
-kek batik
-hamper

dan total hantaran termasuk yang sponsor tak sampai berapa ratus pun :)

PHOTOGRAPHY

memandangkan adik aku pun freelance photography. nak fikir apa kan?
amatur dan murah :) nak quotation harga? pergi ah tanya dia.
terima kasih fadphotography :)

dan selesailah sudah majlis ini walaupun ada kelam kabutnya sedikit.
sesat sampai aku mengamuk. hilang seri mak, nok.
almaklumlah, sepet baru pertama kali sampai rumah aku.
dan ini juga majlis pertama untuk keluarga aku.

 bersalam-salaman ketika hari raya kan memang biasa. haha

bila dah selesai, itu pun cukup Alhamdulillah.
terima kasih tuhan.
terima kasih papa mama.
antara PamaCrews yang hadir. cayang ucuk ucuk kat cemua! hahaha

 cousin. theMakJemah sekalian. ini semua sayang kitaaaa!

terima kasih semua.
terima kasih :)

ini si sepet yang dah booked kita!

hadiah besar sempena anniversary untuk bulan ke9 :)

insyaAllah 6 bulan dari sekarang status bertukar lagi.
doakan semua :)



gambar banyak-banyak boleh tengok di sini :)

dan bermula tarikh 11.08.13
saya menjadi tunangan orang.
dan bermula tarikh 11.08.13 juga
saya menjadi stress.
hoi, nak hadap dewan, pelamin, baju ni hoi!

assalammualaikum :)

fds

written by fadhillasamsudin

No comments: