Monday, October 21, 2013

Dugaan bertunang.




Bila bakal mak mertua sarung cincin pada kau,
Ia bertunang.
Ada yang kata, lelaki sarung cincin pada kau pun dah consider bertunang.
Tak tahu lah.

Bila bertunang masuk fasa baru.
Ready untuk kahwin.
Macam lampu kuning traffic light,
Ready untuk laju atau ready untuk pecut.
Bersedia.

Dalam persediaan means ada 6bulan sampai setahun, dua tahun.
Dalam masa tu, orang kata memang ada dugaan.
"Ingat, dugaan bertunang ni lain"

Dugaan datang dalam pelbagai bentuk. 
Dugaan dalam kesesakan wang.
Dugaan dalam perhubungan.
Dugaan dalam jangka waktu.
Jangka waktu tu macam "lamanyaaaa lagi nak kahwin! Tak sabar!"
Ya. Haaa aku lah tu! Haha

Aku ada terbaca, bila bertunang, kita masuk dalam fasa untuk berkahwin.
Dan perkahwinan itu adalah yang dibenci syaitan iaitu untuk menghalalkan satu hubungan.
Dan dalam fasa inilah, syaitanirrajim akan keluarkan bala tentera mendekati si penunang ni.
Kegagalan dalam bertunang adalah satu kejayaan si syaitan.
Means takde perkahwinan! Yeaaay bagi mereka.

Masa tu lah dugaan tercabar.
Yang tak pernah bergaduh, tiba-tiba bergaduh.
Yang dulu bukan pemarah, tiba-tiba panas baran.
Kerja syaitan.

Setiap kali dugaan datang, istighfar banyak-banyak.
Allah itu ada. 
Doa adalah senjata kita.
Sabar itu kunci. 

Maaf dan memaafkan.
Bentuk mudah untuk redakan semua.
Mengalah. Tak salah.
Macam aku pernah cakap dalam post lepas.
Apa lah salah jatuhkan ego.
Bukan dapat pingat kebesaran pun.

Dan faham je lah, ada jenis perempuan terlalu teruja untuk kahwin.
Nak beli itu, nak beli ini.
Dan faham juga, lelaki pun teruja cuma kadang-kadang teruja dia tak seteruja perempuan.
Ingat lelaki, perempuan tu kahwin dengan awak.
Bukan perempuan tu kahwin sorang-sorang.
Jangan biar dia seorang. Stress tahu.
Aku faham.

Dan memang, bagi lelaki, "ala, buat simple-simple je, asal nikah".
Itu masalah dia.
Perempuan ada impian perkahwinan mereka sendiri.
Nak baju macam ni, nak warna macam ni.
Kalau aku baca blog B2B, mesti ada contoh idea baju kahwin lah, pelamin idaman lah. Mesti ada!
Sebab mereka ada impian.
Kahwin cuma sekali. Kemon!

Dan lelaki, please support them.
Tak susah.
Layankan je. 
Tak salah gembirakan hati orang yang awak sayang kan? :)

Assalammualaikum.
fds
written by fadhillasamsudin

No comments: