bercakap


cakap dalam hati.
cakap sorang-sorang.
serupa duduk depan dinding.
tiada balasan. tiada tindakan.
cuma kesan hitam dalam hati.
takkan hilang.
sebab dinding tak reti nak padamkan.

robohkan dinding.
bersuara.
biar dengar.
pada yang sudi.
tiada balasan, takpe.
asal sudah lafaz.
lagi tenang.

usah fikir.
sebab kita fikir pada benda yang tak pasti.
sebab itu jangan cakap dengan hati.
dengarkan suara itu.

ada tindakan atau tidak.
luar jangkaan.

cuma kita lebih suka duduk depan dinding.
yang sakit kita, yang menangis kita.
kan padan muka kita.

aku fikir, lebih baik bersuara.
biarlah siapa suka tak suka.
janji hati sihat tanpa titik hitam.
makin banyak, hati rosak. kesian.

jadi, aku belajar untuk bercakap.
peduli. kalau salah, kata salah.
kalau sakit, kata sakit.
diam, biar kita sakit sorang? hoi, tak aci lah.
jadi, belajar. belajar bercakap.

cuma satu aku masih belum belajar.
pandang mata dan tak ketawa.
sebab aku ni pemalu orangnya.
hahahaha.

assalammualaikum :)
fds

written by fadhillasamsudin

No comments: