wedding : kad kahwin :)

hai.

kalau pasal kahwin, di awal preparation, aku agak cerewet.
nak itu nak ini.
agak rigid sebab kata once in lifetime kannn

kalau pasal kad jemputan, awalnya konon-konon nak cut cost.
konon nak design sendiri pastu print sendiri.
semuanya sendiri.

tapi, kalau kau asyik cuci mata cari design pun, kau mati kutu last-last pi jugak kedai.
survey aku pun area shah alam.
senang.
kalau nak order online ni, aku tak berapa nak percaya sangat.

kadkahwin raja sehari. kadlawo. kadlestari.
hah apa lagi, segala macam kad.
berpusing lah aku sampai lah ke anggerik mall untuk Kadlawo.

aku ni bila dah berkenan satu, itu je yang aku pandang.
walaupun kau bawa aku pusing mana pun.



so last, aku pilih KadLawo.com 
kedainya di Anggerik Mall.
harga lebih kurang je dengan kad yang aku survey tapi aku suka jenis kertasnya.
tak nampak murah.

btw Diana Danielle dengan Farid Kamil punya wedding card pun by Kadlawo.
haha, tapi dia punya mahallll lah!

Fisrt time pilih jenis kad, design, warna, dan apa benda kau nak tulis.
peta tu bagi lah sekali. senang.
untuk 500 kad, harga RM450 plus bunting plus 2 penanda arah.

then aku tak sure bila, tapi tak lama pun, dia emel contoh final card,
then suruh kita datang kedai untuk double check any mistake.
pastu sign agreement yang kalau ada mistake, kedai takkan tanggungjawab sebab kau dah check sendiri.

after 20 hari, tadaaaa siap!
settle hal kad.
mihihi.

itu antara yang aku puas hati dan senang hati.
servis pun mantoppp.
kau takde emel, kau takde fb, kau mesej je pakai hp. sonang!





ini design depan. 
actually color lebih soft and cantik. mihihi.

bila kau tengok kad kahwin dan ada nama kau tertera,
just like "omg-aku-dah-nak-kahwin"
i kenot believe dat. haha

assalammualaikum
bye :)



fds 
written by fadhillasamsudin

1 comment:

Wan Aini Ashikin Wan Razali said...

b2b Aini follow :) ohmywedding-omw.blogspot.com