Hariz & Team Wedding Services :)

Hai.

haritu dah bagi teaser untuk baju yang dah siap.
Hari ni nak release siapa my designer :)

For both nikah and reception dress, designer yang sama.
dan untuk bertandang, another designer.
Tapi dua-dua puas hati.
dua-dua buat rasa terharu-nak-nangis-peluk-cium-designer-tu kahkah

Google punya google terjumpa Hariz and Team Wedding Services.
mereka satu team berasal dari anak-anak kelahiran UiTM dalam bidang fashion.
so no doubt since aku pun anak Uitm kenzzzz :D




timbang tara lalu email dengan encik Hariz.
tanya pendapat itu ini, kalau macam ni berapa, kalau design macam ni berapa.
ohh, yes everything through email. toksey nak PM, DM bagai.
Email.

then tak perlu expect kau email then after 5 minit, akan direply. NOPE.
tunggu lah esok lusa tapi dont worry, mereka akan layan. and Hariz sangat baikkkk :)

jenis aku, aku bagi design nak baju lagu mana, Hariz akan bagi bajet kasar.
BAJET KASAR. means bukan harga termaktub yang perlu kau bayar.
tapi tak lari jauh pun still around budget ;p

so 3 bulan sebelum, Hariz akan arrange pertemuan dua hala ewaaahhh bersama.
tapi bukan dengan dia, tapi the designer.
dia akan bagi jenis kain dan berapa meter kain kau perlu ada untuk design yang kau nak.
and please expect kain yang banyak sebab memang treadmark Hariz&Team kain jenis flowwwy.

Hariz akan bagi no hp designer untuk lebih mudah communicate.
means kau memang golongan terpilihhh. ehhh. haha
the designer, Jep Mansor (instagram @jepmansor ) adalah orang yang bertanggungjawab uruskan baju kau.

set tarikh, masa untuk jumpa.
aku set jumpa di rumah Jep sendiri di Gombak.
bagi kain, design yang kau nak, then ukuran semua diambil.
in fact, Jep sendiri akan tengok sama ada sesuai atau tak design tu dengan kau.
dalam gambar memang cantik, kena kat badan sendiri, nonHADO. haha




Aku bagi design baju kurung moden untuk nikah dan dress untuk sanding.
nammpaakkkk gigih google nakk baju kemainnn! haha
sekali dengan baju melayu untuk Sepet :)

Jep sangat baik, dia tahu apa yang okay tak okay pada kau.
then dia suggest itu ini untuk nampak cantik kat badan aku dan Sepet :)

then, set tarikh untuk fitting which is a month or less than that.
tapi selalunya PERFECT :)

Dalam sebulan sebelum, aku pergi fitting baju.
tapi di Wangsa Maju butik milik Jep.
lebih selesa untuk kau tukar baju cuba depan cermin dan konon-konon kau artis yang fitting baju.

first try, aku dah amaze gilaaaaa dengan baju aku.
yang malunya, Sepet pun cakap cantik. ewaaahh tak sabar leteww nak kahwin dengan aku. hahaha

jahitan kemas. 
size perfect. sampai rasa tak sabar nak pakai.
kain memang cukup-cukup untuk set baju dengan veil.
kalau beli lebih sikit, cukup untuk shawl. tapi tak. so beli lah shawl sendiri yewww. hueheuehu

so, this is the baju!
taraaaaa!





baju nikah :)


baju sanding :)

kos untuk semua baju termasuk baju Sepet, means 4 pasang baju, is less than RM1500.
LESS. kurang. taknak bagi exact amount. sebab itu harga awal 2014. 
harga sekarang, pi kawtim sendiri. haha.

nanti ceq share bila pakai naaa.
worth it plus jahitan sangat best dan cantik :)

thank you Hariz & Team termasuk Jep :)

share more later ;)

assalammualaikum.
bye :)
fds 
written by fadhillasamsudin

No comments: